LAGAK AHMAD SAID

Melangkahi dasar penggunaan Proton Perdana, membazirkan wang negeri, negeri kaya rakyat hidup miskin.

Belum dapat wang royalti sudah mula menunjukkan kehebatan diri.

Harga sebuah model ini boleh membeli 3 buah Perdana V6 Executive. Harga bagi sebuah V6 (biasa) ialah RM 101,485.05.

Harga yang dikeluarkan oleh Daimler Chrysler pada tahun 2007 bagi model CKD ialah RM348,888. Harga mungkin kurang jika tidak dicukai. Apapun alasan Mad Said melogikkan pembelian kereta supermewah ini tidak boleh diterima mudah.

Yang jelas, tindakan Ahmad Said meneruskan ajenda gelojoh Idris Jusoh sudah bermula. Siapa yang tidak kenal gedebe Ahmad Said? Lihat sahaja video ini. (klik)

2 Responses

  1. Sungguh Hairan, isu pembelian kereta rasmi EXCO negeri Terengganu mendapat perhatian hingga ke mesyuarat kabinet. Pun begitu syabas kepada YAB Menteri Besar Terengganu yang telus dan terang bila beliau mengatakan penggunaan kereta Proton Perdana V6 telah dan akan mengakibatkan kos senggaraan yang lebih tinggi. Beliau tidak mengikut sahaja kelaziman lama, tetapi berfikir dan menilai kelaziman lama. Yakin kelaziman lama tidak menguntungkan dengan kos yang dikeluarkan, beliau tukar kepada piawaian antarabangsa yang jauh lebih tinggi.

    Beliau berani mempraktikkan komitmennya kepada kualiti dan ‘value for money’ bagi setiap ringgit yang dibayar. Bagaimanapun adakah ini dilihat sebagai bertentangan dengan dasar kerajaan, tidak mendahulukan keluaran industri tempatan seperti Proton? Tidakkah dasar kerajaan juga untuk berbelanja secara berhemah? Adakah memilih kereta yang terbukti seentaro dunia jauh lebih tinggi mutunya itu tidak berhemah, lalu bertentangan dengan dasar kerajaan? Atau adakah perlu juga menggunakan dana kerajaan untuk menyokong (melalui pembelian) Proton walaupun kualitinya jauh berbeza berbanding Mercedes Benz? Paling tidak, berbeza dengan di Lembah Kelang di mana lebuhraya silang-menyilang dan kebanyakan jalanrayanya jauh lebih baik dari jalan luar bandar di Terengganu, para EXCOnya perlukan kereta yang tahan lasak untuk selalu turun ke kampung2. Mungkin alah membeli tapi pastinya menang memakai.

    Dari perspektif yang tersirat tahniah kepada kerajaan Terengganu yang berani mengajak para pembuat dan pelaksana dasar untuk memikirkan relevannya sesuatu dasar kepada situasi semasa. Proton PerdanaV6 sebagai contoh kejumudan, ejak ia diperkenalkan lebih sepuluh tahun lalu, kecuali perubahan2 kosmetik dan sampingan., tiada yang boleh dibanggakan, apatah lagi di industri automobil antarabangsa. Modelnya terkini pun telah 3 tahun dipasaran, sedangkan jenama2 lain telah beberapa kali peningkatannya dalam tempoh yang sama. Itu belum dilihat ‘after sales service’nya? Seolah2 atas dasar nasional, para menteri dan EXCO perlu menggunakannya, terpaksa menerimanya walaupun tahu dan lemas dengan kelemahan serta kekurangan kereta rasmi mereka. Mungkinkah tidak, ini juga telah dan akan membentuk pemikiran para pemimpin ini untuk sentiasa terus akur dan menerima sesuatu yang nasional sifatnya, walaupun kualitinya telah ketinggalan dan semakin tidak relevan dengan tuntutan masa.

    Apa yang langsung dari keputusan kerajaan Terengganu adalah mencabar untuk menukar kepada kecerdikan dan ketelusan dalam membuat keputusan. Sudah pasti motivasi para EXCOnya akan tercabar dengan kereta rasmi yang jauh lebih tinggi kualitinya dari teman2 mereka di kabinet ataupun negeri2 lain. Ini memungkinkan komitmen yang lebih tinggi untuk bertugas lantaran mereka juga sedar akan ‘spot light’ yang mereka terima daripada rakyat, pembangkang dan juga media, bila mereka berani untuk berbeza, dimulai dengan kereta rasmi berjenama tidak sama dengan lumrah dasar kerajaan kini.

    Yang sebenarnya menghairankan adalah betapa para pembuat dan pelaksana dasar begitu tegar dan akur kepada kenasionalan sesuatu label, yang boleh ditampalkan kepada sesuatu produk samaada dalam bentuk barangan atau pendukung dasar, walaupun tidak bermutu, merugikan dan ketinggalan masa.

    Kita perlukan pemimpin masyarakat yang “gedebe’ seperti YAB Dato’ Md Said, Menteri Besar Negeri Terengganu untuk ‘menyentak’ urat-urat pemikiran para pembuat dan pelaksana dasar di peringkat negeri dan pusat supaya sentiasa berani menilai kembali dasar2 dan cara bekerja seharian. Yang pasti ramai menteri, EXCO dan CEO anak syarikat kerajaan bersetuju mereka pun hendak bertukar kereta jenama Mercedes Benz..cuma mereka tidak sedikit pun berani seperti Dato’ Md Said.

  2. Macam macam kerajaan kene fikir dan caria lasan untuk mewajarkan tindakan mereka bila mereka mengarahkan penggunaan Proton Perdana V6 atau apa apa Proton ….Proton satu nama gah untuk rakyat Malaysia …bukan tak bagus …bagus kereta nie…tapi kalau long term…dan kalau penggunaanya lasakk… maka kita kene akui dengan ikhlas hati…..ia tak berapa bagus. kalau dibangdingkan dengan Mercedes atau Volvo…

    Kepada Bro. Dato Ahmad Said…yg berani kerana benar dan takut kerana salah…beliau ingin lihat secara long term….kalau pasal nak ikut dasar kerajaan tapi perabih duit rakyat…Bro. Dato Ahmad said…sanggup tentangg…hebat sungguh Bro. nie…

    BRO AHMAD sAID NI TAHU….ORANG HQ MEMANG CARI SILAP DIA…HE3..

    Bab Minyak ramai yang dah naik minyak..

    RAMAI RAKYAT MARHEIN YG JADI SUSAHH SERTA TERPAKSA IKAT PERUT TANGAN MULUT DAN KOTE …KERANA TERPAKSA BERJIMATTT…YANG BERDOSA PUN SEMAKIN RAMAI KERANA TIAP TIPA MENUMPAH MAKI HAMUN SERANAH NIAMA CIBAIA CELAKA. BABI HARAM SIAL…YG DITUJUKAN KEPADA PM..TPM..DAN MENTERISMENTERIS YG DAH TENTU TAK MENANGGUNG KESANN SEBAB..KOS MINYAK DAN LAIN LAIN KOS HIDUP MEREKA…RAKYAT YG TANGGUNG MELALUI ELAUN ELAUN YG DILULUSKAN OLEH MEREKA SENDIRI…MEMANG SOSIAL LAH …..

    OH YE BER BALIK KEPADA PASAL KERETA……BUAT MASA SEKARANG KITA KENE FIKIR DARI SEGI PENJIMATANNN KOS…..KALAU PERLU GUNAKAN KERETA LUAR SIKIT SIKIT APA SALAH NYA….MACAM SAYA CAKAPA TADI…KERETA PROTON TAK BERAPA TAHAN LASAKK…UNTUK KEGUNAANN BIASA KITA GUNAKAN LAHH…KALAU KITA TERPAKSA TUKAR KEPADA MERCEDES KITA TUKARLAH ,,,JANJI DAPAT JIMAT KOS….

    SERUPA LAH MACAM HARAPAN KITA,,,,KALAU DAPAT PM DAN TPM DAPAT DITUKAR PADA YG LAIN…..

    AGAR MALAYSIA DAPAT MENJIMATKAN KOS DARI MENAMPUNG GAYA HIDUP MEWAHH MERAKA2 INI…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: