Dolah & Najib Takut Jumpa Akhbar

Mengapa Presiden UMNO Dolah Badawi dan Timbalannya Najib melarikan diri dari akhbar selepas mesyuarat Majlis tertinggi UMNO semalam?

Adakah malu untuk menjawab mengapa PAS menolak jemputan mereka untuk bermuzakarah? Kali ini UMNO cuba atas nama Islam. Lupakan sekejap isu perpecahan Melayu. UMNO masih mahu, mengajak PAS, bagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong? Aduhai, ibarat calar diurut air garam! “Rejection is surely painful”.

Apakah Dolah dan Najib juga malu besar bila suara antarabangsa melempar ke muka Dolah dan Najib supaya berpegang kepada prinsip “rule of law” dalam konspirasi liwat Anwar Ibrahim?

“Paaap!”. Seperti tamparan tepat ke muka. Malaysia tidak akan mampu untuk menolak pandangan antarabangsa kecuali ia duduk dalam liga yang sama dengan Myammar atau Zimbabwe.

Oh, Najib! Adakah bimbang jadi gabrah bila ditekan oleh akhbar/press akan pendedahan terbaharu Raja Petra bahawa Najib dan Saiful Bukhari telah merancang tuduhan sodomi terhadap Anwar? Pasti Najib akan gabrah bila bertalu-tallu diminta komen bahawa RPK punya rakaman video berkaitan perjumpaan Najib dan Saiful. (ada saksi lain).

Jarang sekali dua tokoh besar parti dan pemimpin utama negara menghindari press selesai sahaja mesyuarat. Malahan biasanya suka benar bila dinanti pihak akhbar selepas mesyuarat.

Melewati akhbar sama tidak menghormati kehadiran mereka yang sentiasa menanti tak kira waktu untuk memberi liputan. Biasanya mesyuarat MT UMNO bermula bermula awal malam dan berakhir tak tahu masanya malahan hingga jam 1 pagi pun ada. Saya arif benar kerana pernah mengalaminya.

Waktu menanti inilah para jurnalis berkumpul, bergosip dan mengemaskini sesama rakan akan perkembangan semasa. Dalam senario kini, mereka menanti apakah rencana kepala-kepala negara untuk memperlekeh dan memperbodohkan rakyat jelata.

Entah apa strategi/rahsia besar mereka masakini sehinggakan mereka tiada apa yang hendak dikatakan setelah bermesyuarat panjang kecuali “no comment” dan cabut lari?

Harapan kita, mereka segera keluar dan dinyahkan dari kehidupan rakyat Malaysia secepat mereka mencari pintu dengan frasa “no comment”. Tonton Video Najib

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: