Doa Tuan Guru Nik Aziz buat Anwar

(Klik utk siaran doa) Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa buat keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas habis memberi syarahan agama beliau. Moga Allah memelihara Malaysia dan rakyatnya agar jauh dari segala bala bencana dan bahaya fitnah.

Julung kali senario politik tanah air kelihatan begitu rupa. Julung kali ini juga politik tanah air menuntut sesuatu yang amat berbeza. Sepanjang ingatan saya inilah kali pertama dalam sejarah politik tanah air, seorang Menteri Besar, seorang ulama’ seorang sahabat, mendoakan secara terbuka akan seorang sahabat.

Lewat pilihanraya umum yang lalu, ketika kerajaan Kelantan diasak bertubi-tubi, ketika pondok panas PAS/Pakatan sepi, Tuan Guru Nik Aziz berserah kepada Allah dan memohon doa agar diselamatkan Kelantan dari gerombolan UMNO.

Bukan Tuan Guru Nik Azizi sahaja yang berdoa, malah seluruh rakyat yang mendukung cita-cita sebuah negara yang berteraskan keadilan perlu berdoa mengikut cara agama masing-masing.

Update terkini
Seperti yang tersiar dalam Buletin Utama TV 3 – 26 July 2008 dan Malaysiakini

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar. Baca lagi

Rencana tentang Anwar di Wall Street Journal.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: