Mat Said, mu jangan dengor cakap Bedoloh..

Pengalaman menaiki S320 seorang Menteri Pencen.

“Esuk ikut aku balik kawasan”, ajak Menteri pencen. Waktu itu jam 2.00 pagi. Keesukannya awal pagi kami sudah bergerak ke kawasan dari Kuala Lumpur. Saya duduk di kerusi hadapan, bersama pemandu manakala menteri pencen duduk di belakang, biasalah.

Kami berbual dari topik ke topic. Ketika giliran saya bercakap, meneteri pencen menyahut, ya,ya. Saya terus berbual, dia mendengar. Agak 5 minit saya bercakap, menteri pencen tidak lagi bersuara, ya,yaa. Dia sudah tertidur.

Saya minta pemandu berhenti di hentian Rehat dan Rawat.

“Wah, bercakap sorang saya tadi”, kata saya pada menteri pencen lewat secawan kopi segar.

“Kau tau, itulah, masa aku nak tidor. Malam tadi kita habis pukul 2.30, sampai rumah pukul 3.00. Dengar bebel Mak Datin lagi. Pukul 7 dah kena bangun’.

Saya berfikir sejenak. Semasa membuka boot kereta S320 itu ada segala macam keperluan peribadi siap tersusun termasuk sekotak kecil air mineral. Dalam hati kecil saya, berkata, “patutlah kereta selesa, supaya senang ‘cover’ tidur yang terlepas sepanjang perjalanan”.

“Bahawa para wakil rakyat atau pemimpin, punya masa tidur yang amat kurang. Penggunaan kenderaan yang amat selesa amat membantu supaya kelihatan segar sentiasa, taklah tidor masa perhimpunan”.

Ahmad Said, tak payah loh mu ikut arahon Bedoloh Bedowi, mu guno jer keto tuh. Tak kang dia nok buang mung dari MB. Ahh, baru setimba minyok weiii!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: