BERITA TERBAHARU : WAN AZIZAH LETAK JAWATAN

Jam 3.45 Petang – Khamis.


Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, meletakkan jawatan sebentar tadi sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil dan bergerak ke Parlimen.

Surat perletakan jawatan telah dihantar kepada Speaker Parlimen tengah hari tadi.

Dengan ini semua andaian Anwar akan bertanding di beberapa Kawasan Parlimen meleset. Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Keputusan Wan Azizah dianggap sebagai satu jalan untuk menyegerakan proses menawan Putrajaya.

Dengan ini dijangka akan diadakan dua Pilihanraya kecil serentak, di Kulim Bandar Bharu dan Permatang Pauh.

Kalangan UMNO yang ditemui melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan terbaharu ini.

Barisan Nasional dijangka menghadapi masalah untuk mencari calon yang layak untuk menentang Anwar di Permatang Pauh. beberapa pihak menggambarkan Ezam Mohamad Nor, bekas Ketua AMK Keadilan akan dijadikan ayam sabung oleh BN di Permatang Pauh. (klik untuk cerita Ezam)

Reaksi Anwar – Malaysiakini

Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.

“Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif,” katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.

Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.

Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Menurut, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut, iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai

Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.

Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.

Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata, ia akan diberitahu minggu depan.

One Response

  1. Adakah harapan untuk pekerja sambilan di UNISEL menjadi kenyataan sebagai pekerja kontrak/tetap…atau khidmat mereka akan di ambil kesempatan dengan hanya bergajikan RM35 sehari tanpa ade keistimewaan apa2…… bagaimana pula dengan tawaran kerja untuk kroni2 tertentu…. seperti anak buah kepada si fulan2 dapat kerja kontrak walau pun baru sj beberapa 2 3 bulan bekerja berbanding dengan pekerja sambilan yang bekerja lebih dari 6 hingga 2 tahun yang hanya mampu menunggu jawapan dari pihak atasan….tolonglah kami , bantulah kami yang dilayan seperti anak tiri….mana janji2 yang dicanang 1 unisel yg pekerja sambilan akan diambil bekerja sebagai kontrak / tetap….. bantulah kami…… menyelesaikan masalah kewangan yg semakin menghimpit……tolonglah……kami merayu kepada pihak atasan kerajaan Negeri Selangor yang baru….tolonglah kami TAN SRI…..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: