Peliknya Khir, Noh dan Reezal Merican

Khir Toyo Langgar Fitrah Semulajadi Kejadian Manusia.

Menurut bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo di blognya yang bertajuk ‘Impian Saya’, beliaulah orang yang bertanggungjawab membawa pemimpin-pemimpin tertinggi PAS bertemu perdana menteri selang beberapa hari selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac.

Khir juga menyatakan, jika PAS bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran bersama Umno di Selangor, jawatan menteri besar, timbalan menteri besar dan empat jawatan exco negeri akan diberikan kepada parti Islam itu.

Doktor gigi tersebut menyalahkan Anwar atas kegagalan Umno memancing PAS membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

“Malangnya, pengaruh Anwar dalam PAS, melalui setiausaha agungnya Kamaruddin Jaafar telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Anwar memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan,” kata Dr Khir.

Mat Tempe yang selama ini menjadi musuh PAS malahan tidak keterlaluan jika di label sebagai musuh Islam kerana kerjanya yang menutup surau. Tindak tanduknya yang merubah wajah juga tidak selari dengan amalan kehidupan serta fitrah semulajadi kejadian manusia.

Entah bila Mat Tempe ini menjadi penganalisis politik PAS dan Anwar? Kononnya hendak bermain saikologi. Nah kini Khir akan diuji dalam pemilihan bahagian Sungai Besar. Apakah Nasib doktor gigi @saudagar tempe ini?

Terbaharu, Khir Toyo diberitakan masih dalam mood shopping spree, dengan memiliki hartanah-hartanah bernilai sekitar Shah Alam.

Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), ketika mengulas perletakan jawatan Wan Azizzah untuk memberi laluan kepada Azwar Ibrahim di Permatang Pauh, menyelar bahawa tindakan Wan Azizah tidak bertanggungjawab.

Ingatan pendek dan cetek Reezal Merican Naina Merican, meletakkan rendahnya tahap kecapaian minda nya serta ceteknya ingatan sejarah dalam kotak minda Setpol Dolah Badawi ini.

Lupakah bagaimana satu waktu dahulu Datuk Shahril Samad berhenti dari UMNO, meletak jawatan Parlimen Johor Bharu dan bertanding atas tiket Bebas cap kunci? Apakah tindakan Shahril kunci ini lebih baik dari tindakan Wan Azizah?

Apakah yang boleh dibanggakan oleh Reezal sebagai Presiden GPMS? Pemilihannya sebagai Presiden GPMS begitu kontroversi. Buat pertama kali GPMS mempunyai dua Presiden, Suhaimi Ibrahim dan Reezal.
Masing masing mengaku mereka adalah Presiden. Akhirnya melalui perundingan bilik tertutup, Suhaimi melepaskan jawatan dan terus senyap sampai kini ibarat ular sawa yang baru menelan seekor anak lembu yang sihat.

Apakah sejumlah wang menjadi penyangga kepada persetujuan dipihak Suhaimi? Mungkin ada seseorang yang boleh memberi jawapan.

Jika dibuka laman web GPMS, sejarah penubuhan GPMS yang dicatatkan amat berbeza dengan sejarah catatan arkib Negara. – http://hids.arkib.gov.my/doc/2006/ogos/15_08_1948_2006.htm

Catatan dalam arkib menggariskan sejarah penubuhan GPMS dengan lengkap namun laman web GPMS tidak.

Kita berasa hairan bagaimana kualiti yang sebegini layak untuk memimpin GPMS? Mungkin Reezal Merican Naina Merican ini hanya layak memimpin Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung!

Noh Omar – Anak Jantan.

Dalam ulasannya ketika Anwar mengesahkan untuk bertanding di Permatang Pauh, Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan pantas mengejek tindakan Anwar bukan tindakan anak jantan.
Noh Omar telupa dia pernah menghalau pelancung asing , “ kalau tak suka polis Malaysia jangan datang ke Malaysia”. Waktu itu Noh Timbalan Menteri Dalam Negeri. Maka terpaksalah Dolah menghantar delegasi ke China memohon maaf atas tindakan bebal Noh Omar. Tindakan Noh boleh dianggap derhaka kepada Negara kerana, boleh menjejaskan beribu juta hasil Negara jika pelancung tidak datang ke Malaysia. Tup-tap, gambar wanita yang dibogelkan itu rupanya Melayu bukan Cina!
Noh berakhir dengan diturunkan pangkat duduk di bawah ketiak Hishamudin Hussein sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Sesak nafas Noh buat beberapa waktu.

Bagaimanapun Noh masih bernasib baik naik sebagai menteri penuh tetapi bukan kerana dia layak atau sangat pandai tetapi ketandusan pemimpin yang berwibawa dalam UMNO lebih-lebih lagi dizaman Dolah “tidurlah” ini.

Bila berbahas di Parlimen, marapu tak tentu hujung pangkal, menyampuk tak kena tempat.

Jelas, UMNO sememangnya sudah mereput!

One Response

  1. Bila Mantartt – Bekas Menteri Besar merapu..akan hikayat Bulan Mac 2008…sewaktu negeri selangor dilanggar Garuda-PR….mempersalahkan pulah Panglima DSAI kerana kegagalam MantarrrMB berpakat dgan askar askar dari PAS…maka terserlah lah kebodohan mantart MB ini…..

    Bro ..Dr. KT…kalau gagal misi tak yah lah cerita…buat malu geng ameeenopura jer…dulu masa lu gagah perkasa…PAS nak berceramah kat padang raktyat pun tak boleh….Lu memang bangsarrtttlahh….

    Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung.

    Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Reezal Merican Naina Merican..

    Yang gua pelik nie……sampai sekarang…apsal lah si Mamak ni dapat jadi Presiden Persatuan Melayu…

    Wa malas nak komen lebih lebih…tengok muka mamat ni jer wa dah tahu dia nie pun Bangsarrrt jugakkkk..

    Noh Omar – Anak Jantan.

    Dalam ulasannya ketika Anwar mengesahkan untuk bertanding di Permatang Pauh, Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan pantas mengejek tindakan Anwar bukan tindakan anak jantan.
    Noh Omar – Anak Jantan.

    Gua pelik jugak kes adik dia boleh lepas ….sebab alasan beg yg berisi dadah tur dikemaskan oleh Isteri dia…so maka adik Noh Omar tak tahu yg dalam tu ada DADAH……melainkan bila beg tu dibuka oleh polis di Lapangan Terbang…

    so …kenapa poliss bangsarttt tak charge plak Isteria .adik Noh omarr….

    Dua dua bangsarttt….dah tak jantan…..

    memang teruk betul lah pemimpim 2 BN nie…..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: