Monolog untuk Anwar

6 Ogos 2008.

Oleh Zamlan Arabi.

Hari ini saya berpeluang mengikut sahabat saya Saudara Arshad Abu Bakar bersolat Maghrib dan terus Solat Hajat di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami sampai tepat pada waktu Imam meluruskan saf diruang tamu rumah DSAI. Maka kamipun masuk ke saf ke tiga yang masih ada dua atau 3 ruang. Kesemuanya lebih kurang 150 orang berjemaah maghrib pada hari itu.

Saya tidak perasaan selang seorang jemaah bersebelahan saya adalah DSAI sendiri. Saudara Arshad betul-betul bersebelahan DSAI. Selesai Maghrib diikuti doa dan tahlil, saya mengambil kesempatan merenung wajah DSAI sambil mengaminkan doa tok imam.

Wajahnya tenang setenang air dikolam, seperti tiada apa yang melanda dirinya. Jelas terpancar di wajahnya satu aura yang gemerlap. Bermonolog saya, “mana mungkin manusia ini bermasalah, mana mungkin dia sedang dilanda durjana ciptaan manusia”.

Renungan kedua saya menyusul dengan benak berkata-kata, “manusia kental, manusia teruji, tak akan patah oleh pukulan rapuh kuasa manusia”, terus saya bermonolog sambil menadah doa. Kebencian saya meluap apabila kerlipan flash kamera oleh jurugambar akhbar yang datang, anak melayu, Islam pastinya tetapi tidak bersembahyang sama.

Biadap dan tidak kira masa untuk menyuluh orang dengan lampu kamera. “Patutlah ada jurugambar yang kena pukul”, kata hati saya.

Tamat doa dan tahlil, terus disambung dengan solat hajat. Anwar bangun untuk ke saf hadapan. Saya perhatikan pergerakannya penuh keyakinan dan mantap. Dia tidak kelihatan letih walaupun penuh dengan program yang padat dan penuh cabaran.

“Sepanjang ranjau yang dilaluinya, dia mendapat doa seorang isteri yang solehah. Doa isteri yang solehah, itulah yang akan mengiringi kegemilangan seorang suami”, teringat saya pesan arwah ibu jika mahu mencari isteri.

Selesai solat hajat, DSAI berangkat untuk menghadiri mesyuarat parti di Tropicana. Menghampiri Isya’ ruang halaman rumah DSAI sudah dipenuhi oleh pencinta keadilan dari pelbagai kaum. Jamuan diberikan kepada yang hadir ala kadarnya.

Berkata saya kepada diri sendiri, ” aku akan berada di Permatang Pauh untuk memberi pertolongan yang sedikit ini kepada manusia bernama Anwar Ibrahim.

Esuk kita jumpa di Permatang Pauh, selepas itu kita berjumpa pula dilobi Parlimen, akhirnya kita ramai-ramai kita bergerak ke PUTRAJAYA.

One Response

  1. Seorang Pemimpin yg …ADIL..BERWIBAWA..DAN BAIK…

    MESTI ADIL BERWIBAWA BAIK & BIJAK

    PERWATAKAN ADIL BERWIBAWA BAIK & BIJAK

    DAN

    SEMEMANG NYA ADIL BERWIBAWA BAIK & BIJAK

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: