Apa akan jadi pendidikan kita?

Oleh : Faisal Idris
Semalam, ketika memberi ucapan di cermah umum di PJS 4, Kampung Medan, Anwar Ibrahim menyatakan betapa universiti-universiti di negara ini merudum teruk. Beliau menekankan antaranya ialah universiti nombor satu negara yang difahami umum, Universiti Malaya.

Dalam konteks ini, Anwar mengaitkan betapa teruknya kualiti Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia, Professor Nordin Kardi, yang menjadi panel bersama Shabery Chik lewat debat isu minyak tempuh hari.

Dalam bidasannya, Anwar mengejek kedangkalan dan cara berfikir Nordin Kardi. Antara minyak dan gas pun professor ini tidak memahami. Dalam pada itu ramai pendengar yang berteriak ” professor kangkung, professor kangkung”, disambut senyuman Anwar.

Selanjutnya Anwar mendedahkan Nordin Kardi selama sepuluh tahun kerjanya menanamkan sifat kebencian terhadapnya dalam siri kursus Biro Tatanegara ketika dia menjadi Pengarah BTN. Antaranya Nordin sentiasa menuduh Anwar ejen Yahudi dan pelbagai lagi tuduhan yang bertujuan menjatuhkannya.

Cara Nordin cuba memerangkap Anwar dengan soalan yang “low class” seolah cuba meletakkan minda Anwar serupa taraf dengan peserta BTN dari UMNO atau pelajar baru yang mendaftar tahun pertama. Ketika debat itu sedang berjalan dan ketika Nordin menyoal jelas sekali audien yang hadir tertoleh-toleh tanda kecewa.

Kini semuanya sudah terserlah. UUM mempunyai Naib Canselor yang memalukan para pelajarnya sendiri. Anak saudara penulis yang sudah tamat belajar di UUM menghempas botol coca-cola sambil mengeluarkan kata-kata yang tak patut disebut di sini akan bekas cikgunya, NC Nordin Kardi ketika menonton debat tersebut.

Persoalannya di sini, siapakah yang Nordin Kardi wakili dalam perdebatan isu minyak tempuh hari? Adakah ia mewakili dirinya sendiri? Adakah dia mewakili UMNO atau mewakili akademia? Adakah Nordin mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Pelajaran Tinggi?

Apapun, di akhir perdebatan kesimpulannya Nordin Kardi hanya berjaya “mengkeldaikan” dan memalukan komuniti akademia. Lebih parah lagi jika Nordin Kardi perasan bahawa dia mewakili para intelek se Malaya. Beberapa rakan akademia dari sebuah universiti di Shah Alam geleng kepala , “what a blunder, man”.. klik video.

Beberapa waktu yang lalu, Nordin Kardi berjaya mendapatkan perintah mahkamah terhadap Raja Petra Kamarudiin kerana sebuah artikel yang tersiar berikutan satu isu ciplak. Dalam tuntutannya, Nordin menganggap dirinya mewakili intelek Malaysia dalam samannya terhadap RPK.

Nordin berjaya mendapat hanya RM4 juta dari jumlah tuntutannya sejumlah RM80 juta. Itupun kerana tuntutan itu diberikan secara ‘default judgement’ kerana RPK tidak pernah hadir di mahkamah malahan ketika mendapat penghakiman, RPK tidak ambil pusing malah mengtongsampahkan surat itu.

Persoalannya, apakah begitu ciput nilai para intelek seluruh Malaysia ini?? Jika RM 4 juta dibahagikan kepada beratus malah beribu-ribu intelek di Malaysia ini, maka nilai seorang intelek di sini hanya boleh dinilai dengan duit rupiah, baharulah dapat dinilai beribu atau berjuta banyaknya!

Pastinya ramai intelek tidak bersetuju dengan tindakan Nordin Kardi kecuali intelek-intelek yang ada kalung/tags “Professor Kangkung” atau intelek intelek yang mencapai taraf ‘professorship’ di atas tatangan dan naungan politik UMNO/BN.

Nordin Kardi sememangnya lebih dikenali sebagai BTN. Apabila dia dipilih sebagai Naib Canselor UUM menggantikan Allahyarham Dr Fauzi Basri, agak sukar untuk difahami matlamat sebenar pemilihannya. Yang jelas, Nordin lebih dilihat sebagai penyambung atau pewaris cengkaman kuku besi di UUM. Samada dia berjaya mengumnokan siswa UUM tidaklah diketahui sangat. Bagaimanapun, gerakan pelajar menentang AUKU tidak pernah kendur malah semakin menyala. [Rang undang-undang pindaan AUKU akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang]

Sebagai contoh, tindakan keras mengekang siswa di UUM ialah dalam kes Rizal Mohd Anan yang menyaman UUM kerana menggantung pelajarannya selama 3 semester pada awal tahun 2000, hanya kerana terlibat dalam satu perdebatan. Mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada siswa tersebut dengan penyelesaian RM70,000.

Tidak ketinggalan ahli akademia di UUM juga mendapat tekanan. Ketika syarat akujanji dipaksakan kepada ahli-ahli pendidikan, UUM adalah antara yang begitu keras dan tegas melaksanakanya. Bagaimanapun tidak semuanya setuju menerima syarat dan tekanan akujanji.

Terdapat seorang kakitangan akademik yang ditunjukkan “exit door’ kerana enggan menandatangani akujanji.

Daripada contoh-contoh di atas dan mengambil banyak contoh lain berlaku di pusat-pusat pengajian tinggi awam di negara ini jelas bahawa perkembangan pendidikan tinggi Malaysia ke arah ‘world class’ terbantut sejak sekian lama. Antaranya kerana mengikut telunjuk kebejatan politik pimpinan sekarang, yang hanya mahukan tukang angguk dan tukang sokong “ngeh,ngeh”.

Kronik. Tindakan radikal dan berani untuk merubah pendidikan dirasakan amat perlu.

Seandainya tidak bagi Malaysia, sekurang-kurangnya negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat perlu menganjak paradigma baru, malah dalam tempuh lima tahun ini menampilkan kewajaran yang lebih tambah-nilainya. [Baca rencana bertajuk, mind schooling race untuk gambaran jelas akan senario ini].

Negeri-negeri Pakatan rakyat, perlu mendahului dan menunjukkan kepada umum bahawa pengekangan pendidikan tidak memberi kesan yang baik untuk mencapai jenerasi ‘e-knowledge’ yang berkualiti. Apatah lagi ketika dunia sedang mengharungi kepelbagaian liberisasi peringkat global.

Langkah pertama yang perlu ialah memberikan ruang kepada pendidikan untuk berkembang dengan lebih positif tanpa kekangan yang melampau dengan memberi ruang seluas mungkin kepada pakar-pakar akademia untuk berkarya dalam memajukan pendidikan.

Dengan kebebasan berkarya pastinya golongan akademia mampu menghasilkan produk-produk baru pendidikan yang mampu dijaja ke santero dunia. Maka baharulah kita boleh melolong dan melelong bahawa di sinilah wujudnya satu hub-pendidikan yang ‘world class’.

Ibarat besi semberani, seluruh mata dunia ditarik kesini. Anak Malaysia diluar negara pasti kembali ke sini. Bukan sedikit anak cerdik pandai Malaysia berada diluar, dan bukan sedikit yang ingin kembali ke negara tumpah darah.

Bagaimanapun, suasana yang tidak kondusif untuk mereka berkarya disini, tekanan-tekanan politik yang membabi buta membuatkan pintu hati mereka tertutup rapat.

Bagi mereka yang berada di sini pula besar kemungkinan hanya menjalankan tugas memenuhi syarat perkhidmatan dan mengambil jalan ‘non-confrontational’ dengan cara berdiam diri.

Seandainya terus-terusan begini, tidak hairan jika satu waktu nanti pendidikan tinggi negara ini akan terus merudum kerana dikuasai oleh “kangkung-kangkung” dan pemanas-pemanas kerusi empuk berhawa dingin yang sudah beku dan jumud kreativitinya.

Lebih dari itu, maka seruan-seruan untuk memertabatkan pendidikan akan hanya tinggal seruan dan cakap-cakap politik yang tidak terpakai dan beransur-ansur menjadi bohong. Paling tidak ia akan hanya menjadi album kenangan ketika pelancaran pelbagai program pemimpin bersama rakyat!

Akhirnya yang akan kerugian negara ini sendiri. Ia akan mengalami ‘brain drain’ dan mengimpot tenaga asing sama seperti sektor buruh dan ladang. Kesannya, esuk atau lusa kita akan meratapi kesilapan semalam apabila jenerasi baru meludah ke muka kita.

Keyakinan Anwar untuk mengangkat mertabat pendidikan negara ini sekiranya Pakatan Rakyat mengusai Putrajaya perlu di beri perhatian serius. Andaikata menjadi realiti bahawa Malaysia ini boleh menjadi hub-pendidikan bertaraf “world class”, perlukah kita bimbang bila negara kehabisan sumber petroleum?

One Response

  1. Bila DSAI berkata kualitas penuntut Univesiti kita merundum maka tidak dapat tidak…kita terpaksa akui…lepas era 80an…ramai yg layak masuk Universiti …ramai yg berjaya keluar dengan cemerlang dari segi akademik..ramai yg berjaya menjadi pakar dalam bidang masing masing…

    TETAPI

    Malang…ramai yg keluar Universiti tidak mempunyai pemikiran yg kritis dan matang….

    Kebanyakan nya berfikir dan bertindak macam budak budak2…

    Semalam gua tengok TV…budak2 UiTM…berjaya dapat permit untuk berarak ke Bangunan SUK..Ketua Polis man yg luluskan pun gua tak tahu..
    Kalu MB BN…gua rase mahu budak budak kita tangkan dan sembur air gatal..

    Kalau MB BN yg cakap…mahu budak budak ni semua kene tendang masuk lokap …macam masa era tujuh pulhan dulu…

    VC UiTM yg berkaca mata Besar macam poenyanyi Dangdut pun…bercakap macam wakil UMNO Bahagian Shah Alam plak…

    Yang Pelik dan ajaib..bagaimana POLIS selangor boleh bagi permit untuk berarak….

    Kalau lah Faccck Lah yg cakap…..gua rase…UiTM dan kene kepong malam tur…

    Inilah mentaliti bila kita terlalu berfikiran sempit dan racist….

    Kepada YAB Dato MB….diharap jangan bercakap pada MEDIA sembarangan…..10% walaupun ciput dan bagus untung meningkatkan prestasi serta semangat untuk bersaing….Apa ..orang2 takut untuk bersaing ke..BUDAK BUDAK MELAYU TERMASUK VC MELAYU YG DALAM UITM TU TAK DE TELUR KER…?….Apa salah nyer untuk persaingan yg sihatt…dan juga untuk meningkat perasaan muhibbah. dinegara yg berbilang kaum nie..??.

    Untuk VC Abu Seman…lu kene tukar fesyen lar…Lu pakai baju Melayu tiap hari ngan SONGKOK lah kalau lu nak PERJUANGKAN SANGAT KEMELAYUAN LU TUR…..Ini lu ngan Cermin Mata besar macam dangdut singer…he3..

    LU memang kuat bodek gomen…itu memang terserlah dari dulu…..

    Tan Sri MB ….walau pun hanya baru mencadangkankan dan belum ada apa pun yg resmi…tetapi …oleh sebab perkara disebut oleh Menteri Besar dari Negeri Pembangkang …maka sibuklah juak juak dalam BN…mengunakan isu issu untuk menunjukan yg MB MELAYU dari Pembangkang ni ingin membelakangkan HAK orang2 Melayu…..sori lah MB…niat baik tapi tak kene gaya…Abu Seman pernah cakap…UITM adala universiti UMNO….itu yg isu sekaranggg…mak dia pun mengerahkan budak budak buat demo nak hantar Memorandum…..

    Dulu masa HINDRAF buat..nak hantar memoranduk juga…ramai yg kene belasah dan sembur……

    To Ketua POLIS SElangor….gua tahu lu pun penin g jugak….nak jaga hati MB…tapi nak jaga lebih hati PM…. so pandai pandai lah lu nak cari makan…
    Sebab kita ramai yg makan gaji…….

    Kalau BUDAK BUDAK MELAYU DALAM UNIVERSITI SUDAH MULA DI BENARKAN BERDEMO…..
    SO AKAN DATANG…KALAU DEMA NAK DEMO ATAS TOPIK LAIN PLAK….JANGAN PLAK TAK BAGI PER MITTT……

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: