Dr. Osman Pusrawi Pertahan Laporan Kes Liwat

Sep 4, 08 12:21pm
Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul hari ini untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.

Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya – M Puravelan dan Yusri Kamaruddin – mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.

Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.
“Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar,” kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.
Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.
Di bawah adalah kenyataan akhbar Dr Osman yang dibacanya pagi tadi (terjemahan).

Saya adalah doktor yang mengesahkan akuan berkanun bertarikh 1 Ogos 2008.

Saya telah membaca akuan berkanun yang telah disiarkan di laman web Malaysia Today. Saya mengesahkan bahawa ia adalah salinan asli akuan berkanun saya. Saya kini mengesahkan bahawa kandungan akuan berkanun itu adalah benar.

Saya telah pergi bercuti. Saya merasa amat tertekan. Saya kini telah kembali ke Malaysia. Terdapat banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu.

Sesetengah daripada kenyataan tersebut telah memberi gambaran buruk terhadap profesyen dan diri saya. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya hanyalah menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar.

Saya tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional saya. Saya sentiasa mengamalkan kerahsian antara doktor dan pesakit.

One Response

  1. Saifoolll…

    Kalu lu kene sembelit atau buntot lu berdarah pun doktor boleh ..kenalpasti tau……

    Saya selalu tengok NCIS dan CSI…dan walau pun mereka hanya berlakun…tetapi..teknik penyiasatan dan peralatan2 yg di gunakan telah membuat saya terfikir bahawa…semua perkara boleh berlaku atau boleh di ada adakan…

    TERPULANG PADA KEJUJURAN DOKTOR SERTA INDIVIDU YG TERLIBAT…

    Dr. Usman bukan macam Altantuya…..Dr. Usman tiada apa apa kepentingan dalam kes budak yg mengaku kene liwat nie….

    Maka sudah pasti dia akan bercakap benar…kerana pada Dr. Usman…kebenaran dan sikap Profesionalisma itu amat pentinggg…

    SO KITA KENE TUNGGU …HASIL SIASATAN DOKTOR HKL….

    KALAU ADA KESAN KENE LIWAT ..MAKA BUDAK BODOH NI…MEMANG KENE LIWAT SELEPAS REPOT POLIS DI BUATT……

Leave a comment