CHAMIL WARIYA – pembentuk minda pembunuhan

Chamil Wariya, Ibrahim Ghafar, mencipta budaya ganas penulisan kreatif.

PENA sepatutnya lebih cermat membuat ulasan akan karya-karya sebegini.

Ulasan PENA Malaysiakini

Perlukah satu hari nanti atau sekarang kita menerima apa sahaja karya atas alasan kreatif?
Kreatif. Apa sebenar definasi kreatif? Kreatif dalam cerpen Chamil Wariya – Politik baru YBJ, tidak lebih bertaraf jalanan atau mungkin tinggi sedikit dari picisan. Apa nak dihairankan, Chamil itu lahirnya dari perut busuk Utusan Meloya.

Pelik juga Dewan Bahasa dan Pustaka, menerima mudah kelas kreatif yang sebegini.

Saya suka menggelar mereka ini “mercenary writers” – writing for a cause & of course for their political masters.

Kenapa Chamil tidak tulis pasal ahli politik raba punggong wanita dan mabuk-mabuk. Kenapa Chamil tidak mahu tulis cerpen tentang gadis monggolia? Atau pemimpin kalah judi di Las Vegas atau banyak lagi perkara.

Apakah mesej yang cuba disampaikan dalam cerpen itu?

Malang sekali, “creative satire” dijadikan penghalalcara ala Machiavelli, kepada karya-karya berbau hasutan. Apakah Chamil Wariya merupakan penganut teori Nicolo Machiavelli? Sekurang-kurangnya Utusan Meloya sudah begitu lama menjadi wajah/media yang rela dipergunakan untuk kepentingan politik BN/UMNO.

Mintalah pandangan A Samad Said, mungkin lain pendapatnya.

Mungkinkah esuk atau lusa karya-karya sebegini akan memenuhi akhbar? A Wahab memberi pendapat yang pelik sebagai orang DBP.

“Sebuah karya yang ganas, akan menerbitkan keganasan, betulkah? Kalau tengok filem yang penuh dengan mesej baik-baik, adakah orang itu jadi baik?” – A Wahab.

Jika penulisan begini sudah menjadi budaya dan santapan harian, tidak pelik ia akan menjadi bom penghancur minda jenerasi mendatang. Mereka ni mandul tak ada zuriat kah?

Bolehkah esuk, David Teo bikin filem dengan nama watak dalam filem cerekanya diberi nama Najib Razak, Abdullah Badawi, Rosmah Mansur, Jeanne Abdullah, Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin, dilakonkan oleh artis-srtis tanahair – Kemudian disebut “tidak ada kena mengena antara yang hidup dan telah mati”.

Jalan ceritanya pula ialah tentang seorang janda yang berasal dari bumi monggol yang kehilangan pasport dan jatuh cinta dengan seorang lelaki di Kuala Lumpur. Tragisnya kisah cinta itu hanya nyawa sebagai galang gantinya.

Bolehkan?

Bilalah agaknya akan lahir penulis satira sebenar seperti George Orwell di Malaysia yang bolehland ini??

Advertisements

Peliknya Khir, Noh dan Reezal Merican

Khir Toyo Langgar Fitrah Semulajadi Kejadian Manusia.

Menurut bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo di blognya yang bertajuk ‘Impian Saya’, beliaulah orang yang bertanggungjawab membawa pemimpin-pemimpin tertinggi PAS bertemu perdana menteri selang beberapa hari selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac.

Khir juga menyatakan, jika PAS bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran bersama Umno di Selangor, jawatan menteri besar, timbalan menteri besar dan empat jawatan exco negeri akan diberikan kepada parti Islam itu.

Doktor gigi tersebut menyalahkan Anwar atas kegagalan Umno memancing PAS membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

“Malangnya, pengaruh Anwar dalam PAS, melalui setiausaha agungnya Kamaruddin Jaafar telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Anwar memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan,” kata Dr Khir.

Mat Tempe yang selama ini menjadi musuh PAS malahan tidak keterlaluan jika di label sebagai musuh Islam kerana kerjanya yang menutup surau. Tindak tanduknya yang merubah wajah juga tidak selari dengan amalan kehidupan serta fitrah semulajadi kejadian manusia.

Entah bila Mat Tempe ini menjadi penganalisis politik PAS dan Anwar? Kononnya hendak bermain saikologi. Nah kini Khir akan diuji dalam pemilihan bahagian Sungai Besar. Apakah Nasib doktor gigi @saudagar tempe ini?

Terbaharu, Khir Toyo diberitakan masih dalam mood shopping spree, dengan memiliki hartanah-hartanah bernilai sekitar Shah Alam.

Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), ketika mengulas perletakan jawatan Wan Azizzah untuk memberi laluan kepada Azwar Ibrahim di Permatang Pauh, menyelar bahawa tindakan Wan Azizah tidak bertanggungjawab.

Ingatan pendek dan cetek Reezal Merican Naina Merican, meletakkan rendahnya tahap kecapaian minda nya serta ceteknya ingatan sejarah dalam kotak minda Setpol Dolah Badawi ini.

Lupakah bagaimana satu waktu dahulu Datuk Shahril Samad berhenti dari UMNO, meletak jawatan Parlimen Johor Bharu dan bertanding atas tiket Bebas cap kunci? Apakah tindakan Shahril kunci ini lebih baik dari tindakan Wan Azizah?

Apakah yang boleh dibanggakan oleh Reezal sebagai Presiden GPMS? Pemilihannya sebagai Presiden GPMS begitu kontroversi. Buat pertama kali GPMS mempunyai dua Presiden, Suhaimi Ibrahim dan Reezal.
Masing masing mengaku mereka adalah Presiden. Akhirnya melalui perundingan bilik tertutup, Suhaimi melepaskan jawatan dan terus senyap sampai kini ibarat ular sawa yang baru menelan seekor anak lembu yang sihat.

Apakah sejumlah wang menjadi penyangga kepada persetujuan dipihak Suhaimi? Mungkin ada seseorang yang boleh memberi jawapan.

Jika dibuka laman web GPMS, sejarah penubuhan GPMS yang dicatatkan amat berbeza dengan sejarah catatan arkib Negara. – http://hids.arkib.gov.my/doc/2006/ogos/15_08_1948_2006.htm

Catatan dalam arkib menggariskan sejarah penubuhan GPMS dengan lengkap namun laman web GPMS tidak.

Kita berasa hairan bagaimana kualiti yang sebegini layak untuk memimpin GPMS? Mungkin Reezal Merican Naina Merican ini hanya layak memimpin Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung!

Noh Omar – Anak Jantan.

Dalam ulasannya ketika Anwar mengesahkan untuk bertanding di Permatang Pauh, Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan pantas mengejek tindakan Anwar bukan tindakan anak jantan.
Noh Omar telupa dia pernah menghalau pelancung asing , “ kalau tak suka polis Malaysia jangan datang ke Malaysia”. Waktu itu Noh Timbalan Menteri Dalam Negeri. Maka terpaksalah Dolah menghantar delegasi ke China memohon maaf atas tindakan bebal Noh Omar. Tindakan Noh boleh dianggap derhaka kepada Negara kerana, boleh menjejaskan beribu juta hasil Negara jika pelancung tidak datang ke Malaysia. Tup-tap, gambar wanita yang dibogelkan itu rupanya Melayu bukan Cina!
Noh berakhir dengan diturunkan pangkat duduk di bawah ketiak Hishamudin Hussein sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Sesak nafas Noh buat beberapa waktu.

Bagaimanapun Noh masih bernasib baik naik sebagai menteri penuh tetapi bukan kerana dia layak atau sangat pandai tetapi ketandusan pemimpin yang berwibawa dalam UMNO lebih-lebih lagi dizaman Dolah “tidurlah” ini.

Bila berbahas di Parlimen, marapu tak tentu hujung pangkal, menyampuk tak kena tempat.

Jelas, UMNO sememangnya sudah mereput!

Hujah : Kenaikan BBM & Kedangkalan YB BN

Hujah : Terserlahnya kurang bijak wakil kerajaan. Klik untuk tonton

REBET TUNAI – Gula-gula pahit Dolah Badawi.

NAJIB PENIPU BESAR!


Dengan muka selamberland, Dolah Badawi yang memang tiada kelulusan ekonomi, dan Shahrir ‘Kunci’ Samad yang memang ekonomis mengumumkan kenaikan harga BBM (Bahan Bakar Minyak) yang tertinggi dalam sejarah Malaya @ Malaysia.

Kenaikan kali ini menggila, lebih gila dari gila babi, lebih gila dari gilanya Khir Toyo dan kuncunya yang menyapu tahi babi di muka sendiri bila berdemonstrasi menentang projek babi yang dia sendiri sudah setuju.

HANYA SATU PILIHAN. Naikkan harga minyak! Oppp, berikan rebet tunai. Entah apa niat rebet ini melainkan politik?? Mengapa ia tidak dibahas dahulu di Parlimen?

Petikan berita:

Kabinet hari ini meluluskan satu pakej penstrukturan semula subsidi bahan api yang turut merangkumi mekanisme untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kata perdana menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kabinet memutuskan untuk mengambil langkah-langkah berikut, sebagai pakej permulaan program penstrukturan subsidi:

*Bayaran tunai secara langsung kepada pengguna motosikal dan kereta kecil apabila harga minyak
meningkat. Wang itu akan dibayar melalui kiriman wang.

*Tiada peningkatan harga gas memasak dan gas untuk kegunaan teksi.

* Subsidi gas untuk sektor industri penjanaan tenaga akan dikurangkan perlahan-lahan.

*Tenaga Nasional Bhd dibenarkan menaikkan tarif elektrik, kecuali di Sabah dan Sarawak.

*Cukai tambahan ke atas pengeluar tenaga independen dan pengilang minyak sawit.

Langkah-langkah yang diperkenalkan ini dijangka meningkatkan inflasi dan mengurangkan pendapatan negara kasar.

Cuba lihat contoh perkiraan ini:

Harga minyak yang naik ini bukan sekadar 10 atau 30sen, tetapi mencapai ke jumlah RM0.70 pada harga petrol. Manakala minyak diesel melonjak harga kepada 150% dari hari asal. Kegawatan ekonomi yang dahsyat dijangka akan berlaku. Kenaikan BBM ini akan menjalar dan ia adalah adalah punca kepada seluruh aspek kehidupan. Apa pun alasan kerajaan, ia bakal mempengaruhi harga barangan lain.

Kalau harga minyak naik, sudah pasti akan menaikkan harga barangan barangan dan perkhidmatan yang lain.

Ini contoh perkiraan oleh seorang blogger/pembaca radenjowo:

Dalam sehari, berapakah sumbangan kepada rakyat….RM625/365 hari, bersamaan RM1.712 sen.

Andaian sebanyak 62.5 liter untuk seminggu.
Kalau dengan harga baru, akan membelanjakan sebanyak
[62.5 liter x RM2.70]RM168.75/seminggu.
Perbezaannya adalah 168.75 – 120.00, bersamaan dengan RM48.75.
Jika RM48.75/7 hari…..jumlah tambahan yang dibelanjakan adalah RM6.96/sehari.

Itu adalah perbezaan berbanding harga lama dan baru.

Berbanding dengan jumlah 1.712 sen pemotongan harga cukai jalan tadi, masih rugi sebanyak [RM6.96 – RM1.712] RM5.248 sehari.

Ini bermakna, jumlah pemberian rebet yang diberikan oleh kerajaan , tidak setara berbanding, perbelanjaan minyak yang bakal dikeluarkan.

Bagi yang baru membaharui cukai jalan sebelum pengumuman, hak rebet terlepas!

Itu bagi yang menggunakan kenderaan 2500 cc kebawah.

Bagaimana jika anda menggunakan kenderaan melebihi 2500cc? Anda terkecuali dari mendapat sebarang rebet.

Tiada pujian untuk kerajaan BN kerana rebet-rebet yang disebutkan hanyalah gurauan haprak Dolah Badawi.

3 tahun, peluh, airmata dan darah – sukarnya jadi marhaen.

Oleh Ibnu Khuzaimah

Setelah tiga tahun pertikaian berlanjutan, setelah berpuluh juta wang ringgit dibayar sebagai tol kepada Grand Saga, kini baharulah perjuangan rakyat marhaen terbela. Sekurang-kurangnya buat sementara.

Berasaskan perkiraan 10 ribu kenderaan melalui laluan ini seperti dilaporkan berita TV 3 iaitu 90 sen, hitunglah sendiri jumlah yang masuk kantong Grand Saga.

Akan tetapi nilai sebenar yang dibayar bukan 90 sen. Laluan yang semakin jauh untuk membuat pusingan U, kesesakan dan tekanan atau stress yang ditanggung oleh pengguna atau penduduk BMC.

Kini setelah Selangor dipimpin oleh kerajaan baru Pakatan Rakyat, suara marhaen dalam isu ini semakin jelas dan nyata. Bersama wakil rakyat dan exco, mereka terlibat di padang menolak batu penghalang yang berpuluh tan beratnya.

Kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya perlu menulis surat agar menteri yang menjaga jalan campur tangan menyelesaikan masalah. Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendesak agar pihak terlibat menyelesaikan masalah dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bukan sekadar peluh, airmata malah darah juga turut menitis untuk membela sekelumit hak sebagai rakyat marhaen. Keberanian rakyat sekali lagi menang buat sementara sehingga semua permasalahan terurai antara pemaju Narajaya Sdn Bhd dan Grand Saga.

Penggunaan pasukan FRU gagal menundukan keazaman dan keyakinan penduduk BMC. Malang sekali tindakan kerajaan pusat amat perlahan. Kehendak rakyat dipenuhi setelah peluh, airmata dan darah menitis. Sikap lewa ini antara faktor yang menjadikan rakyat tidak memihak kepada kerajaan BN lewat PRU 12 yang lalu.

Agak jelik menonton berita TV 3 bila menteri jalan mengumumkan pembukaan sementara ini seolah-olah kemenangan besar bagi mereka, bertepuk, bersorak dan menjulang tangan pak menteri jalan, Dato Mohd Zin Mohamad. Terlupakah betapa sukarnya rakyat marhaen berjuang mendapatkan hak mereka.

Dunia mentertawakan cara Malaysia ini. Bayangkan sebuah syarikat besar bertanding membina dan meruntuh benteng batu yang besar sehingga 3 kali. Rakyat marhaen terpaksa menghadapi kehebatan kuasa pihak berkuasa. Terpaksa menghadapi semburan gas pemedih mata dan kini ada pula yang disiasat atas dakwaan cuba membunuh.

Peristiwa di atas adalah refleksi kebejatan pembangunan. Pembangunan yang dilaksanakan tanpa koordinasi dan perancangan dan meletakkan keuntungan sebagai paksi. Pihak-pihak yang terlibat perlu dipersalahkan. Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran, syarikat terlibat dan lain-lain yang semberono tindakannya.

Perlu diingatkan, dimasa hadapan,terutama negeri Pakatan Rakyat hendaklah mengambil kira pihak ketiga, iaitu rakyat pembayar cukai atau pengguna penyumbang hasil dalam melaksanakan projek-projek awam terutamanya penswastaaan. ST

Banyak lagi projek awam yang dilaksanakan dengan tidak mengambil kira pihak ketiga. Kebanyakan projek awam ini menjurus kepada pengswastaan. Rakyat marhaen lah yang menanggung derita akibat perlaksanaan yang tidak mengambil kira pengguna.