KEMALANGAN YANG PALING NGERI SAYA PERNAH ALAMI.

KEMALANGAN YANG PALING NGERI SAYA PERNAH ALAMI – imaginasi kanak-kanak

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Syabaspun belum ada teknologi untuk masalah ini.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Diapun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puashati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.

Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Advertisements

BAKAL PM 2 TAHUN LAGI.

Urutan kenyataan Najib berkait Saiful Bukhari.
1. Saya tak kenal. 2. Dia pernah datang ke Pejabat tiga bulan lalu 3. Dia datang mohon biasiswa (walaupun dia dropout) 4. Dia ada jumpa saya. 5. Dia ceritakan pada saya dia kena liwat. Masa cerita tangan dia sejuk 6. Jumpa dimana? Jumpa dirumah! Bila? Baru jer!

Ahhh, here comes the new Malaysian Warrior, with all his mights will help you out of sodomy. Be prepared to see him armed with the most deadliest weapon, SEEFOR.


New Pahlavi, Pinochet & Suharto

Are we experiencing a new Pahlavi, Pinochet or Suharto? The backdrop is the same. They may not legislate anymore due to short of two third. But they made use the judiciary, the police and the dwindling power to the fullest to supress the mass, the people and the oppose.

Cukup Makan

Ohhh, Rakyat Malaysia masih cukup makan walaupun harga minyak naik.. Shabery Cheeek, Menteri Penerangan.

Tunggu dua bulan lagi, bila letrik kena bayar 2 kali ganda,- bila kilang mula buang pekerja kerana kos meningkat, bila penganguran (pemberhentian) menghampiri angka 1 juta, bila masalah sosial meningkat, Barisan Nasional akan terus memerintah kerana rakyat cukup makan.

Pada waktu itu, rakyat akan pasti bangun keluar ketepi jalan, dan istilah perhimpunan haram tidak wujud lagi

HARLEY BELI AGUSTA USD 109 juta – Proton jual 1 euro.

Dijual oleh Proton pada harga 1 Euro, dan dianggap sebagtai penjualan yang betul oleh Proton (laporan bernama), kini setelah 2 tahun ia dijual dengan harga 1 euro, dijual semula dengan hargaUSD 109 juta kepada Harley Davidson

Pembelian ini memberi gambaran bahawa MV Agusta sebuah syarikat yang berdaya maju kerana Harley Davidson bukan sebuah syarikat Kapcai.

Proton mengalami tekanan baru-baru ini apabila pengguna semakin kritikal terhadap kegagalan Proton memberikan kualiti terbaik setara dengan jenama lain di pasaran.

DIRECT NEGO – Ada Lagi ker??

Tamatnya PENA AJAIB.

Oleh Ibnu Khuzaimah

Pena ajaib, the mighty stroke of a pen, yang begitu popular pada zaman Khir Toyo sudah ditalkinkan pada oleh Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Terbaru dalam kenyataannya, Khalid memberitahu beliau mempunyai senarai syarikat-syarikat yang berlainan nama tetapi dikuasai oleh individu tertentu sahaja dan selalu mendapat projek runding terus.

Dengan ini bermakna, projek-projek runding terus atau Direct Negotiations tidak lagi jadi amalan di Selangor.

Kaedah runding terus zaman Khir Toyo menyaksikan berbagai karenah berbau rasuah.

Natijah yang paling nyata ialah wujudnya sekumpulan kapitalis yang sewenang-wenangnya menidakkan hak usahawan lain yang mungkin lebih berwibawa dari mereka ini. Kronisma pula tumbuh seperti cendawan selepas musim hujan.

Runding terus zaman Khir Toyo menunjukkan peningkatan harga yang melampau-lampau.

Bagaimanapun, penamatan hayat pena ajaib oleh Khalid hendaklah dipanjangkan ke peringkat bawah. Bukan setakat pejabat MB sahaja.

Diperingkat Kerajaan Tempatan, Pejabat Daerah, Malah Pejabat SUK sendiri berlaku pelbagai bentuk penyalahgunaan kuasa dalam memberikan kerja dan projek kecil dan sederhana bernilai ratusan ribu ke bawah.

Terdapat sesetengah YDP PBT dan Pegawai Daerah yang berkuasa seperti raja yang membina kroni masing-masing bila menjadi penjawat jawatan tersebut. Selain raja lahir pula ‘little napoleons’ di jabatan kerajaan.

Di sebuah daerah di utara Selangor, terbukti beberapa orang sahaja yang mendapat keutamaan oleh YDP PBT untuk menjalankan kerja-kerja Majlis Daerah. Begitu juga dengan kUasa-kuasa projek di bahagian PLB, dan lain-lain jabatan sering berlaku pemudah dapat kepada beberapa kroni mereka sahaja.

Mungkin nama syarikat lain-lain tetapi, pemegang lesen orang yang sama. Akhirnya, empunya lesen hanya makan kamsen 5-10 persen. Matlamat merealisasikan MPPB (masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra) sebenarnya sudah lama dinodai oleh kalimat “runding terus” dan kronisma yang subur pada zaman Khir Toyo.

Amaran dan teguran oleh Tan Sri MB tidak memberi apa-apa kesan sangat jika tidak dihunus dipedang pemutus. Pembontot-pembontot MB dengan angguk dan senyum perlu diperhatikan keikhlasan senyum mereka, kemungkinan besar telunjuk lurus kelingking berkait.

Bagi syarikat-syarikat konlomerat besar yang lebar kuasa ekonominya, yang memangkin misi ekonomi bolos dan boros Khir Toyo di masa lalu, akan berbuat apa sahaja untuk menjaga kepentingan mereka di Selangor.

Tahniah dan syabas kepada dasar Selangor baru. ADIL, BERSIH, AMANAH DAN BERKEBAJIKAN. Rakyat sungguh gembira sambil memerhati.

PENA AJAIB SUDAH TIADA, PEDANG PENGHUNUS DITARIK DARI SARUNGNYA.