KEMALANGAN YANG PALING NGERI SAYA PERNAH ALAMI.

KEMALANGAN YANG PALING NGERI SAYA PERNAH ALAMI – imaginasi kanak-kanak

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Syabaspun belum ada teknologi untuk masalah ini.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Diapun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puashati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.

Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

I have a dream… I made it a reality…

MARTIN LUTHER KING JR I have a dream…

BARRACK HUSSEIN OBAMA I made it a reality…

Malaysian Parliamentary culture? Analyze this.

Friday, November 07, 2008
Comment by Dr. Azly Rahman

Watching this video gives me so many ideas on how some of our Parliamentarians have evolved to this stage, how much time is wasted in key national-level decision-making, and what then must we do to radically change the culture of debates. After 51 years of decolonization and given the ownership of politics, how have we evolved and what kind of culture have we created in our path to “greatness” and “world-classism”? I have written on this. In this video, a precious ten minutes is spent on asking each other to retract. There seems to be not much respect given to the chair of the debate. I do not believe Malaysian schools would allow this kind of debate to happen. In schools, Malaysians are taught the principles of debating and what to avoid. In schools, children are groomed to be good debaters so that the may run for public office and serve as Parliamentarians. What happened when they get to Parliament? Somewhere between being a school debater and a Parliamentarian, something happened in the case of many of those elected. What happened?

Dasar Bumi Hijau benteng krisis ekonomi

Oleh: Hishamuddin Rais

Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita dibawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 cukup cerah.

Ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain, Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion pound untuk tujuan yang sama.

Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah dimiliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh.

Dari mana asal-usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini?

Semua ini berpunca daripada asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengetepikan peranan daulah dan membuka pasaran bebas.

Amerika Syarikat negara kapitalis terunggul di dunia telah mengetepikan sistem wang yang bersandarkan emas. Ini berlaku pada tahun 1971 apabila presiden Nixon memansuhkan Perjanjian Bretton Woods.

Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika Syarikat sedang melancarkan perang kolonial terhadap Vietnam, Laos dan Kamboja. Perang Indo-China ini telah membocorkan dan mengoyak-rabakkan ekonomi negara itu.

Berbilion-bilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perang memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi – nyawa dan harta benda.

Yang menjadi ganti Perjanjian Bretton Woods ialah Dolar Amerika. Negara-negara kapitalis terutamanya di Asia, Afrika dan Amerika Latin telah dipaksa menerima pakai ‘fiat money’ yang hanya bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika.

Justeru semua jual beli di antara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petroleum wajib menggunakan dolar Amerika.

Hasil awal daripada tindakan dasar ini telah menyelamat ekonomi Amerika yang mula merundum pada tahun-tahun 1970-an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang.

Rupa-rupanya langkah Nixon itu hanya untuk membeli masa. Tiga puluh tahun kemudian, semuanya berulang kembali.

Amerika kini sedang melancarkan perang kolonial terhadap Iraq dan Afgahnistan. Kalau pada 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kamboja, kini tahun 2008 Perang Iraq-Afghanistan telah melimpah ke Iran dan Pakistan.

Sebelum serangan ke atas Iraq bermula, Rumah Putih secara ‘romantik’ telah memberi anggaran 50 bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka rasminya telah mencecah hampir 600 bilion dolar.

Perang di Iraq memerlukan 300 juta dolar sehari. Ada yang menganggarkan di antara 1 hingga 2 bilion dolar seminggu digunakan di Iraq.

Seorang pakar ekonomi Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard, dan pakar ekonomi Joseph Stiglitz pemenang hadiah Nobel yang juga bekas penasihat ekonomi Bill Clinton telah meletakkan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang di Iraq hingga ke hari ini.

Justeru, peperangan di Iraq dan Afghanistan sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis – sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu.

Dalam masa yang sama, dasar neoliberal juga telah memberi ancaman. Banyak peraturan jual-beli, peraturan urus niaga yang menjaga kepentingan negara-negara kecil telah dilupuskan atas paksaan perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) atau atas nasihat Bank Dunia.

WTO dan Bank Dunia adalah dua lembaga yang diwujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancar tanpa gangguan. Dua lembaga ini menganjurkan dasar-dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas mungkin untuk kaum pemodal.

Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan kaum pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan daripada serangan dasar penswastaan yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia.

Selain perbelanjaan perang dan dasar neoliberal ini, ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masaalah struktur sistem kapitalis itu sendiri. Di zaman meleset pada 1929, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank.

Kali ini keyakinan terhadap lembaga bank datang kembali bersama bencana perang – kedua-duanya datang sekali gus. Memang betul jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh-bangun setiap sepuluh tahun – 1974, 1988, 1997, 2008 – tetapi kali ini berbeza.

Kali ini bukan hanya pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi – ia lebih daripada itu.

Dunia kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan, malah strukturnya telah hampir hancur. Rakyat dunia tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi di yakini, maka nilai dolar jatuh.

Dalam suasana nilainya jatuh, Rezab Persekutuan – badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar – mengambil jalan pintas. Bank pusat Amerika Syarikat itu terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan eksport utama negara itu. Hasilnya, ada lambakan dolar di pasaran dunia.

Apabila dolar melambak, maka nilainya semakin merosot – samalah seperti apa yang pernah terjadi kepada ibu dan ayah kita dengan duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu pada 1941-1945.

Untuk memastikan dolar terus diterima pakai, kuasa imperial menggunakan ancaman kekuatan tentera untuk memastikan jual-beli terutama bahan bakar petrol akan terus dinilai dengan dolar. Harus diingat, salah satu sebab kenapa Saddam Hussein dijatuhkan ialah kerana presiden Iraq itu telah meninggalkan dolar dalam jual beli minyak.

Iran, yang kini dianggap musuh, telah juga meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli petrol. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Langkah meninggalkan dolar negara-negara ini terus membantu penurunan nilai mata wang itu.

Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh dengan menanam padi, hasilnya beras.

Perniagaan bentuk baru – tidak membuat apa-apa barangan – ia hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang daripada beratus-ratus peniaga bentuk ini.

Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai perjudian. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ia tidak menghasilkan apa-apa barangan. Jenis perniagaan ini muncul hasil dasar neoliberalisma. Peniaga jenis ini akan berbondong-bondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi.

Kita tidak nampak mereka kerana semuanya bersarang di Wall Street, New York dan London. Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang ‘judi’, maka harta dan titik peluh kita mengalir ke kantung mereka.

Gejala inilah yang berlaku sewaktu krisis kewangan Asia pada 1997.

Dalam masa kurang lebih enam bulan, krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai kepada kita. Amerika dan Eropah pada masa ini sedang berhadapan dengan zaman meleset. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila keadaan ini berlaku, maka banyak kilang akan ditutup. Ramai yang akan hilang pekerjaan.

Inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma.

Sekarang para pemimpin kita wajib membuat satu dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar oleh Pakatan Rakyat.

Bumi Hijau bermakna kita menganjurkan penanaman bahan-bahan makanan dan bukan pembuatan barangan. Apabila zaman meleset sampai, kita memiliki beras yang cukup. Kita memiliki sayuran, ikan, daging, bijirin dan buah-buahan yang cukup.

Kita pasti tidak dapat makan Proton. Kita tidak dapat makan cip komputer kerana ia bukan potato chips.

Dengan asas ekonomi pertanian yang kukuh, pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai daripada dilanggar zaman meleset yang akan sampai tidak lama lagi.

Dosa-dosa Najib Semasa Menjadi Menteri Besar Pahang

Dari Malaysia Today
Updates : Eurocopter – Skandal sudah ke BPR..
Dikatakan semasa jadi Menteri Besar Pahang beliau bersahabat baik dengan seorang ahli perniagaan muda dari Pekan sehingga boleh duduk sekereta resmi dan selalu berulang alik ke Singapura memburu perempuan. Ahli perniagaan ini sentiasa mendapat kawasan balak dan sentiasa mendapat maklumat di atas segala keputusan EXCO bersabit dengan perkara-perkara untuk mencari rezeki dari Kerajaan Negeri. Sekarang ini beliau telah kaya raya.

Apa betulkah atau hanya satu fitnah?

Dalam tahun-tahun 84-85 Datuk Najib juga dikatakan pernah dijumpai di Singapura di tempat-tempat yang sulit bersama-sama seorang Datuk (bekas orang kuat Promet) dengan artis-artis perempuan. Katanya membincangkan hal-hal pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong. Dari laporan yang dipercayai satu raket korupsi di belakang pembangunan Wilayah Janda Baik, Bentong telah berlaku. Cuba siasat siapakah orang-orang yang banyak memiliki tanah-tanah di Janda Baik.

Kononnya beliau juga dikatakan dalam tahun-tahun 84-85 telah mengadakan banyak perhubungan sulit (seks) dengan seorang kerabat di-Raja salah sebuah negeri di Semenanjung. Datuk Najib dikatakan pernah pergi ke rumah Tengku itu pada waktu malam di hantar oleh salah seorang bekas Setiausaha Sulit-nya yang di bawa dari Kuala Lumpur. Perkara ini bukan rahsia lagi bagi penduduk Kuantan, tidak dihebohkan kerana melibatkan keluarga di-Raja. Kononnya cerita ini diceritakan sendiri oleh orang istana yang paling hampir dengan Tengku itu. Jika ini betul ia tidak patut berlaku atau dilakukan oleh seorang pemimpin yang menjadi ketua pemerintah negeri dan melibatkan pula kerabat di-Raja. Inilah dikatakan orang “harapkan pagar, pagar makan padi”. Apa dihairankan, kebuasan nafsu Najib memang amat diketahui sejak belum menjadi Menteri Besar lagi. Hubungan sulit dengan perempuan-perempuan dari segala bangsa dan artis-artis tempatan adalah cakapan harian orang di Kuala Lumpur.

Dikatakan orang juga, amalan rasuah sangat hebat berlaku semasa Encik Hamid menjadi P.A. Datuk Najib. Semasa Encik Hamid berhenti, satu sijil fixed deposit sebanyak $500,000.00 telah dijumpai oleh isteri Encik Hamid (yang sekarang sudah di cerai). Fixed deposit itu dijumpai dalam beg James-Bond kepunyaan Encik Hamid. Ini kalau kita fikir adakah wang Encik Hamid atau wang Datuk Najib. Encik Hamid pernah berkata, Datuk Najib tak pernah menukar ceknya untuk berbelanja di rumah atau lain-lainnya, kerana cash (wang tunai) banyak terlonggok di rumahnya.

Encik Hamid pernah berkata yang hal dan rahsia Datuk Najib semua dalam poketnya. Ini mungkin fitnah orang yang iri hati pada Encik Hamid kerana dia sangat dipercayai oleh Najib. Sabarlah…

Datuk Najib sentiasa menggunakan ketua-ketua pejabat dan agensi-agensi Kerajaan (berkanun) untuk mendapatkan wang. Alasan kononnya untuk political fund, seperti LKNP, LKPP, ASPA dan Syarikat Permodalan Pahang. Kegiatan-kegiatan agensi tersebut perlu di siasat, terutama LKPP atas hal jual-beli ladang dan kilang-kilang. Bekas Pengurus Besar Syarikat Permodalan Pahang, yang sebelum itu hanya seorang guru biasa lulusan maktab, rumahnya macam istana, selalu berulang-alik ke Jakarta dan luar negeri bersama seorang pembantu wanitanya, kononnya isteri orang. Hubungan mereka berdua dikatakan sangat rapat. Kerja-kerja beliau dikatakan sentiasa mendapat restu dari Datuk Najib. Maklumlah mereka berdua ni dalam perahu yang sama. Apa sudah jadi dengan syarikat itu sekarang? Beratus juta duit rakyat Pahang lesap. Syarikat terpaksa di tutup kerana bengkrap. Bossnya senang lenang. Najib patut bertanggungjawab.

Kononnya di Kuala Lumpur sentiasa mengadakan parti-parti sulit, mabuk dengan artis-artis perempuan yang selalu ada bersama bos Promet itu dan yang ada hubungan perniagaan rapat dengan seorang peniaga Cina bersama Andrew Leong dari Syarikat Johan Holding.

Datuk Najib juga dikatakan kononnya telah bersekedudukan dengan seorang yang berasal dari Kementerian Kewangan yang mana ada hubungan dengan kontrak pembelian komputer yang berharga di antara RM3-4 juta semasa beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Menteri.

Encik Hamid bekas P.A.nya itu adalah salah seorang orang suruhan Datuk Najib untuk mengutip wang-wang korupsi di sana sini, maka itulah Datuk Najib membawa Hamid dari Kementerian Kewangan yang berasal dari seorang kerani sahaja ke Kuantan. Encik Hamid dikatakan banyak menyimpan rahsia Datuk Najib dan tahu banyak tentang projek-projek yang Najib ada berkepentingan.

PAK SAMAD – Tokoh Wartawan Negara.

MENGENANG PAK SAMAD.

Abdul Samad Ismail, atau Pak Samad, dilahirkan di Geylang, Singapura pada 18 April 1924. Beliau menamatkan persekolahan Senior Cambridge pada 1940.

Pak Samad mula menempuh alam pekerjaan dengan Utusan Melayu ketika berusia 16 tahun, kemudian sebagai pengarang Berita Malai (1944) pada zaman Jepun sewaktu berusia 20 tahun.

Pada 1946, beliau dilantik sebagai penolong pengarang, Utusan Melayu. Beliau juga pernah bertugas sebagai wakil Utusan Melayu di Jakarta.

Pada 1959, Pak Samad dilantik sebagai pengarang pertama akhbar Berita Harian, sebelum menjadi pengarang urusan bagi kumpulan akhbar The New Straits Times (1974).

Pada 1984, Pak Samad dilantik sebagai penasihat jabatan pengarang bagi kumpulan akhbar berkenaan sehingga beliau bersara pada 1988.

Pak Samad aktif dalam pergerakan politik. Pada 1947, bersama-sama Abdul Aziz Ishak, beliau menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (Geram). Penubuhan itu menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bawah pimpinan Dr Buhanuddin Al-Helmi dan All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock.

Pak Samad juga terbabit dalaqm pakatan Anti-British League bersama-sama PB Sharma, JJ Putucheary, Devan Nair dan John Eber.

Beliau pernah ditangkap dua kali di Singapura oleh pemerintah British (1946 dan 1951). Ekoran daripada Peristiwa Natrah pada 1951, beliau dipenjarakan di Pulau Sekinchan kerana dituduh sebagai penghasut yang menyebabkan peristiwa perkauman.

Pada 1976, Pak Samad ditangkap lagi, tetapi kali ini oleh kerajaan Malaysia, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersimpati dengan komunis.

Beliau dibebaskan pada 1981 oleh pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Hussein Onn (yang memenjarakan Pak Samad).

Pak Samad turut menyertai rombongan “Malaysia Merdeka” yang pertama ke London (1953). Pembabitan Pak Samad dalam politik secara aktif bermula pada pertengahan dekad 1950-an apabila beliau turut terbabit dalam penubuhan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura pada 1954.

Beliau kemudian menyertai dan memimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) Singapura pada 1958.

Pak Samad menceburi bidang penulisan kreatif sejak zaman pemerintahan Jepun. Cerpen ciptaan awalnya terkumpul dalam antologi seperti Mekar dan Segar (1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan (1963).

Cerpen yang ditulis pada dekad 1960-an dan belum pernah tersiar sebelum itu, akhirnya dikumpulkan dalam dua kumpulan persendiriannya yang berjudul Temasya Tinta (1967) dan Mastura (1967).

Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).

Buku lain termasuklah Mengasah Bakat (1966), Kursus Wartawan (1966), Bimbingan Penulis (1967) dan Memoir A Samad Ismail di Singapura (1993).

Sebagai seorang aktivis bahasa dan budaya, Samad turut menyarankan peningkatan penggunaan bahasa Melayu dan di kemuncak perjuangannya, beliau menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mula dicetuskan pada 1968.

Selaras dengan perjuangannya dalam bidang sastera, beliau menjadi pengasas Angkatan Sastewawan 50 (Asas 50) di Singapura dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Kuala Lumpur.

Pada 1971, Pak Samad dilantik sebagai ahli panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan. Pada 1974, Pak Samad menerima Anugerah Ramon Magsaysay.

Pada 1976, Kerajaan Malaysia menganugerahkan Hadiah Pejuang Sastera kepada Pak Samad di atas jasa dan sumbangannya dalam bidang penulisan.

Pada 1987, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UKM, sementara Institut Akhbar Malaysia (IAM) memberikannya gelaran Tokoh Wartawan Negara.

Tan Sri Samad dilantik sebagai Karyawan Tamu selama dua tahun di UKM (1991-1993). Kemudian mulai Oktober 1993, beliau menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Penulisan Universiti Malaya.

Sejak 1992, Pak Samad dilantik sbeagai pengerusi Panel Menggubal Dasar Komunikasi Negara. Pada tahun itu beliau dianugerahi darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

“You don’t have to say sorry on what you had written”

Dr. Osman Pusrawi Pertahan Laporan Kes Liwat

Sep 4, 08 12:21pm
Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul hari ini untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.

Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya – M Puravelan dan Yusri Kamaruddin – mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.

Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.
“Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar,” kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.
Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.
Di bawah adalah kenyataan akhbar Dr Osman yang dibacanya pagi tadi (terjemahan).

Saya adalah doktor yang mengesahkan akuan berkanun bertarikh 1 Ogos 2008.

Saya telah membaca akuan berkanun yang telah disiarkan di laman web Malaysia Today. Saya mengesahkan bahawa ia adalah salinan asli akuan berkanun saya. Saya kini mengesahkan bahawa kandungan akuan berkanun itu adalah benar.

Saya telah pergi bercuti. Saya merasa amat tertekan. Saya kini telah kembali ke Malaysia. Terdapat banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu.

Sesetengah daripada kenyataan tersebut telah memberi gambaran buruk terhadap profesyen dan diri saya. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya hanyalah menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar.

Saya tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional saya. Saya sentiasa mengamalkan kerahsian antara doktor dan pesakit.