Free Raja Petra!

When you speak – sedition Acts
When you write – Printing & Publication Acts
When you assemble peacefully – Illegal Assembly Act
When you raise a sensitive issue – Internal & Security Act
When students speak – College & University Act
When you try to reveal the truth – Official Secret Act
When you eat – you have to pay for Halal Certification Act

Kriteria Jadi Ketua Menurut Tan Sri Khalid

Berikutan beberapa kritikan dan surat terbuka kepada MB Selangor yang tersiar di banyak blog, Selangor Today berkesempatan mendapatkan penjelasan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim melalui koresponden Selangor Today Dr. Sulaiman Masri.

Kriteria Jadi Ketua Menurut Tan Sri Khalid

Oleh: Dr. Sulaiman Masri

Tidak mudah mengurus manusia. Dalam organisasi, ternyata sukar bagi
mengganti pengarah/pengurus/ketua/petugas yang sedia wujud. Paling
sukar, jika kumpulan terdahulu masih setia kepada sifu yang
kandatipun sudah “kehilangan tahta”.

Sementelahan pula, bakal atau calon pengganti dalam kerajaan
pengganti, mesti lebih wibawa, lebih profesional, lebih jujur, lebih
amanah, lebih pengalaman, lebih pandai, lebih wawasan, lebih…

Barangkali, andaian dan pernyataan sedemikian “melembamkan” YAB Tan
Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, kini Dato’ Menteri Besar Selangor
Darul Ehsan, negeri termaju@terkaya di Malaysia, dalam hal
“menyingkir” kumpulan korporat@borjuis acuan Umno/BN, dan mengganti
dengan kumpulan korporat@teknokrat “berjiwa rakyat” asuhan Pakatan Rakyat.

“Kita di Selangor tidak membuat tindakan yang dilihat tergesa-gesa.
Kita mengambil iktibar pengalaman di Perak, agar tidak terjadi di
Selangor. Kita mesti bertindak secara lebih matang…”
Tegas Tan Sri
Abdul Khalid dalam pertemuan ketika diminta mengulas kritikan luar
terhadap gaya pentadbiran beliau yang dilihat “masih membiarkan”
kumpulan peneraju syarikat@jabatan lantikan era Dato’ Seri Khir Toyo,
dan yang sewaktu dengannya..

Menurut Tan Sri Abdul Khalid, beliau mahu lebih berhemah dalam
tindakan yang membabitkan pertukaran kumpulan petugas di Bangunan
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah@Bangunan SUK, atau di daerah lain di
Selangor, yang melibatkan syarikat, PBT, institusi pendidikan,
pentadbiran daerah, pentadbiran kampung, dan yang seumpama.

“Terutama hal yang melibatkan pentadbiran agama Islam atau adat
istiadat negeri. Kita mesti memahami kehendak peraturan. Kita mesti
menghormati hak dan kuasa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor. Contohnya, saya mesti terlebih dahulu meminta pandangan dan
nasihat Baginda Sultan jika ada usaha mahu menukar peneraju Mais,”
katanya.

Demikian, ketelitian Tan Sri Abdul Khalid. Katanya, sudah ada cadangan
daripada pemimpin Pakatan Rakyat agar Selangor menukarkan kumpulan
petugas era Dato’ Seri Khir Toyo dengan kalangan profesional pilihan
Pakatan Rakyat.

Ketika ditanya adakah beliau mempunyai kriteria tertentu dalam usaha
mencari petugas bukan bertaraf Yang Berhormat bagi menggembleng
pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor?

“Orang itu mesti profesional, berkelayakan dan pakar dalam bidang
kerjaya yang bakal dipimpinnya”.
Katanya memberikan kriteria orang
yang bakal mengganti petugas lantikan kerajaan lalu.

“Orang itu juga mesti jujur, amanah, menyayangi rakyat, dan
keseluruhannya mesti lebih hebat daripada petugas yang nak kita
gantikan.”
Tegas Tan Sri Khalid.

Berkenaan dengan keahlian mana-mana komponen Pakatan Rakyat, Tan Sri
Khalid menjelaskan mereka yang bakal bekerja dengan kerajaan Pakatan
Rakyat berkesempatan menilai prinsip Pakatan Rakyat yang tidak rasuah,
tidak meminta komisen, menyertai tender secara terbuka, dan lebih
mengutamakan keadilan serta sikap sama rata terhadap rakyat.

“Saya yakin mereka kumpulan koporat dan teknokrat yang berjiwa rakyat
adunan kita, secara ikhlas sedia menjadi ahli PKR, PAS atau DAP.
Sebab, mereka akhirnya yakin dan sebati dengan perjuangan Pakatan
Rakyat”, tegasnya.

Daripada penjelasan yang ikhlas dan tegas, kita memahami, malah
mengagumi ketelitian dan keprihatinan Tan Sri Abdul Khalid, yang kini
mengadun pengalaman pentadbiran korporat semasa menerajui PNB dan
Guthrie, ke dalam pentabiran politik dalam kerajaan negeri.

Kejayaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor Darul Ehsan
memang mengejutkan semua pihak. Kini, sudah melepasi bulan kedua YAB
Tan Sri Abdul Khalid menjawat Menteri Besar Selangor, kumpulan tumpas
dalam Umno, beserta konco dan geng mereka terus menghentam, menusuk
atas bawah gaya pentadbiran pimpinan PKR.

Mengapakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, yang dipimpin Tan Sri
Abdul Khalid terus dicemburui dan diberi perhatian oleh Umno/BN?

Lantaran, Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain di Malaysia;
dalam hal infrastruktur yang lengkap dan mewah, pelaburan asing yang
berbiblion-bilion RM nilainya, golongan pekerja yang terlatih dan
mahir yang siap siaga, dan peluang pekerjaan yang jutaan banyaknya.

“Boleh Tan Sri ulangi kriteria memilih calon yang berhasrat menerajui
anak syarikat atau jabatan di negeri Selangor?”

“Bagi saya, profesionalisme, pengalaman, amanah, kejujuran dan
kesetiaan sangat diutamakan jika saya berhasrat mencari orang yang
bakal menerajui syarikat milik kerajaan negeri, misalnya, calon yang
bakal dilantik Naib Canselor UNISEL, petugas media, penjawat awam,
hatta pengarah MAIS, dan petugas lain,”
kata Tan Sri Abdul Khalid,
mengakhiri perbualan.