Surat Terbuka kepada Tan Sri Khalid

Updates
Selangor Govt Willing To Appoint Councillors From Any Party

Friday, 02 May 2008

(Bernama) SHAH ALAM, May 1 — The Pakatan Rakyat Selangor government has no qualms appointing individuals from political parties not affiliated to it so long as they are professionals, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said.
“Our criteria is that they must be professionals, but of course we will give priority to those we know first,” he told a news conference after attending the national-level Workers’ Day celebration here today.

He said this when asked on the delay in appointing local council members in Selangor.

On the delay, Abdul Khalid said it was also because of problems in getting the right candidates.

“It’s hard to make a decision but I am quite happy now because I have a few engineers, architects and accountants who want to serve,” he added.


Surat Terbuka Kepada Tan Sri Khalid

1 Mei 2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Reformasi.

YAB Tan Sri,

Tahniah diatas perlantikan Tan Sri Sebagai Menteri Besar Selangor . Sesungguhnya pemilihan Tan Sri adalah langkah yang amat dinanti-nantikan oleh kami semua.

Kini telah hampir dua bulan Tan Sri duduk dipersada kepimpinan negeri, memimpin sebuah negeri yang termaju di Malaysia. Negari yang tersohor kemakmurannya. Jantung hati bagi seluruh negara. Negeri yang menjadi benteng terakhir Barisan Nasional untuk tewas.

Bagaimanapun, sudah disuratkan dalam azali dan ketentuan Allah SWT bahawa keajaiban ini sudah berlaku. Ia nya adalah realiti yang tidak dapat diterima oleh pihak lawan, Barisan Nasional. Ini jelas sekali terbukti melalui rengekan dan tengkaran mantan-mantan pemimpin Barisan Nasional.

Ibarat harimau luka yang tersedar dari lamunan, mereka tidak rela akan hakikat ini. Lantas dan tuntas segala gerakan diatur untuk merampas kembali permata yang hilang, bermula sekarang.

Itulah gambaran ringkas akan segala tindak-tanduk mereka.

Bagaimana pula di pihak kita, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor Pimpinan YAB Tan Sri? Apakah kita bersedia menghadapi segala bentuk terjahan dan terkaman yang bakal singgah sepanjang lima tahun ini sehingga menjelang PRU ke 13 akan datang?

Apakah pedagogi yang bakal dipersiapkan?

Sehingga warkah ini ditulis, kelihatannya Kerajaan Pakatan Negeri ini masih kelihatan goyah. Sentiasa dicabar oleh bekas MB, Khir Toyo yang masih mabuk kuasa. Sehingga kini masih belum ada tindakan tegas dari Tan Sri untuk membersihkan Pentadbiran Negeri ini dari pengaruh Barisan Nasional yang masih menebal dijabatan-jabatan malahan diberitakan masih berleluasa di SUK.

Dalam senario pilihanraya umum yang lalu, untuk pengetahuan Tan Sri, kebanyakan Ketua-ketua jabatan, GLC, dan lain-lain jelas bekerja kuat untuk menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu. Ramai kakitangan bawahan yang menyokong PR ditekan dan diberi amaran keras.

Ketua-ketua jabatan dan GLC, berbondong-bondong mengiringi mantan MB, Khir Toyo berkempen seluruh santero Selangor.

Menukar-ganti mereka ini bukan perkara besar. Dalam UMNO sekalipun, misalnya ketika Tan Sri Abu Hassan naik sebagai Menteri Besar, orang-orang Mohammad Taib kena tukar. Begitu juga Khir Toyo, ditukar sana, tukar sini sehingga ada yang menyamakan sebagai “menjawakan jabatan” oleh Khir. Itu dalam UMNO lagikan bertukar, apatah lagi bagi kerajaan yang bertukar.

Mengimbau kenangan PR Kecil Ijuk,
Lupakah sudah Tan Sri, bagaimana mereka bertepuk tangan dengan gembira bila Tan Sri tersasul “ Undilah Barisan Nasional” ketika Pilihanraya Kecil Ijuk? Lupakah Tan Sri bagaimana mereka berkampung di sana untuk membenam Tan Sri?

Lupakah Tan Sri bagaimana Najib Razak menghina Tan Sri dengan tuduhan melulu. Sedangkan saya berpendapat Tan Sri adalah seorang wira Negara, satu satunya anak Melayu yang ‘single-handedly’ melakukan dawnraid’ di London hingga membawa sekaligus Konglomerat Guthrie pulang ke Malaysia sekaligus membuat Perdana Menteri Britain Margharet Thatcher termangu-mangu sehingga menggubal undang-undang supaya tidak berlaku lagi seumpamanya. You are the first and the last!

Tidak ada insan lain yang melakukan ini, tidak Mahathir, tidak Dolah Badawi, tidak Najib, tetapi Tan Sri Khalid, budak kampong bergelar Sahak yang melakukannya.

Lupakah Tan Sri bagaimana UNISEL dipergunakan sebagai kem politik untuk mengalahkan Tan Sri? Lupakah Tan Sri bagaimana Universiti ini di jadikan pusat oleh PEMANTAU diketuai oleh Razali Agus, semata-mata membenamkan Tan Sri? Hari ini diberitakan NC Unisel ini begitu intim dan direct access kepada Tan Sri?

Mengimbau lagi kenangan PR Kecil Ijuk,
Tahukah Tan Sri betapa hinanya petugas PR diejek dan dilempar botol oleh konco Khairy Jamaluddin dan pemuda UMNO? Pekerja parti dihenyak dan acapkali hampir berlaku pertempuran. Dalam pilihanraya yang baru, ada seorang pemimpin kecil dari kaum India, seorang petugas parti ditawarkan RM30 ribu untuk memujuk kaum India diestet mengundi BN tetapi dia menolak dengan alasan yang munasabah iaitu, maruah dan ikatan janji setia bersama PAS dan Keadilan.

Kehebatan yang mereka tunjukkan sangat hebat, sehinggakan calon-calon BN tidak dapat memasuki kawasan estet dan perumahan. Malah ada yang sanggup membaling telur busuk kepada calon BN seperti yang berlaku di DUN Melawati. Mereka bekerja keras walaupun untuk memenangkan calon yang tidak pernah dikenali.

Kembali kepada senario semasa,
Terbaharu, diberitakan bahawa pihak Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk melantik muka-muka BN dalam barisan Ahli Majlis Daerah. Bagaimanakah ini boleh berlaku jika ianya benar?

Pandangan yang bagaimana yang diterima untuk melantik mereka? Adakah pandangan kedua malah ketiga diambil kira?

Mahukah individu dari UMNO atau BN menerima perlantikan ini? Pastinya mereka akan merujuk kepada UMNO dan melalui pengalaman di Pulau Pinang, ahli Gerakan tersebut sudah komited dan sanggup keluar parti. UMNO bagaimana? Tentunya akan menjadi tekanan bagi mereka. Adakah tokoh UMNO yang dilantik akan menerima sewenang-wenangnya.

Bagaimana pula perasaan pendokong parti, petugas hardcore yang sanggup bertungkus lumus meletakkan masa depan mereka sebagai risiko tinggi ketika berkempen?. Saya sendiri meletakkan risiko tutup kedai sekiranya Pakatan tewas, manakala ada sahabat saya menutup awal-awal perniagaannya apabila membuat keputusan untuk berada dibarisan hadapan memastikan kemenangan Barisan Rakyat pada PRU ke 12 yang lalu.

Hairan, bila Barisan Nasional berbuat apa-apa sahaja, siapa yang menegur? Siapa yang berani? Mengapa, Pakatan Rakyat mahu berbuat apa sahaja perlu sangat mengambil kira pandangan dari pihak mereka.

Tukar satu pegawai riuh-rendah seluruh Negara, seperti yang berlaku di Perak. Pokoknya bagi BN, Pakatan Rakyat ini tidak ada yang betul. Jika diambil orang BN, mereka kata kita idak ada orang pandai. Jika tidakpun mereka akan kata kita takut untuk bertransparent. Semua tidak kena.

Mungkin terdapat Ketua Jabatan yang suka jika ada kalangan BN memegang jawatan dalam jabatan seperti Ahli Majlis dan sebagainya. Mungkin mereka sendiri yang mencadangkan perlunya kehadiran kalangan luar.

Halusi mengapa? Mungkin mereka mahu perlindungan dan berpayung serta menutup kesilapan mereka yang lalu yang menyalahgunakan kuasa, mengujudkan kronisma, nepotisma dan menyalahgunakan jawatan untuk kepentingan peribadi. Bagaimana hendak membuat keputusan majoritas kiranya berlaku pertelagahan pendapat lantaran berlainan fahaman. Tambahan lagi mereka sudah biasa mengutamakan kepentingan peribadi mendahului kepentingan rakyat.

Bagi badan badan kerjaaan negeri seperti PKNS, KDEB dan lain-lain anak syarikat perlu disusun semula dengan segera mengikut kebijaksanaan Tan Sri yang sangat arif dalam pengurusan korporat bersaiz mega.

Melalui kes Balkis kita dapat memahami ketidaklangsungan pengurusan dalam badan yang terlibat, PKNS. Lihat sahaja, bagaimana PKNS berurusan secara semberono menjualbeli tanah secara kontra bayarannya. Hairan, jual kepada Balkis, urusan bayaran antara kerajaan negeri dan PKNS. Jika Harun Hashim seorang CEO yang berintegriti, dia wajib kehadapan membuat kenyataan umum membersihkan PKNS dalam isu ini.

Saya bukan ahli korporat besar, tetapi saya yakin, cara itu tidak betul seratus peratus.
Sehingga kini, perkara yang sudah terang lagi bersuluh ini masih belum ada laporan polis dibuat terhadap pasangan suami isteri, Khir Toyo dan Zaharah Kecik. Rakyat menunggu.

Kalau boleh dipelajari dari sejarah kejatuhan UMNO khususnya dan BN amnya, dari banyak isu dan masalah serta pelbagai ulasan, pandangan, pendapat dan rungutan yang timbul, beberapa isu kecil pada pandangan pimpinan mereka, telah tidak diambil perhatian dan tindakan sewajarnya, seperti tajuk di atas tadi, iaitu pandangan kedua dan ketiga dan seterusnya tidak dipedulikan. Akibatnya, apa yang sedang dilalui oleh mereka sekarang.

Bagi saya untuk melakukan sesuatu yang besar dan hebat tidak ada senjata yang lebih besar melainkan kebijaksanaan, keberanian dan tawakkal. Sebagaimana kita melalui pilihanraya lalu yang penuh getir tetapi kita bijak, berakal, sabar dan berani serta bertawakkal. Masih terang dan jelas seruan yang dilaungkan semasa kempen.

“Ayuh, marilah merubah. Kita mesti berani untuk berubah”

Saya tahu, memberi pandangan terbuka seperti ini berisiko dan dianggap rebels of the party. Tetapi saya tetap berpegang kepada seruan pemimpin termasuk Tan Sri sendiri iaitu ‘check and balance’.

Jika saya hendak diambil tindakan kerana teguran yang sebegini, saya reda dan pasrah menghadapinya.

Saya pasrah kerana saya tidak akan hilang apa-apa lantaran sudah biasa sebagai pembangkang tidak mendapat apa-apa. Namun saya akan terus bersoal, kenapa dan mengapa selagi nyawa mengikat badan.

Saya berharap pandangan yang diketengahkan dan tertera di atas tadi, harus disoroti, diambil cakna dan ditangani segera oleh semua peringkat pimpinan. Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak berniat mengajar, tetapi hanya menyampaikan kegelisahan arus bawahan.

Segala ketelanjuran saya, saya memohon ribuan ampun dan maaf. Segala yang sempurna itu adalah dari Allah SWT adanya. Segala kekurangan itu adalah dari saya hamba yang daif.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Reformasi.
Takbir.
Makkal shakti.

Mohamad Fesal bin Idris,
Ahli Seumur Hidup PKR Kuala Selangor.

6 Responses

  1. Sdr Fesal, surat anda kpd MB Selangor BA, tepat mewakili rakyat yang memenangkan aspirasi mahukan perubahan PRU 8mac2008! Cuma wakil2 rakyat yang terpilih tampak kian luntur keberanian bertindak. Sesungguhnya ‘daulat’ Yang Berhormat telah banyak memandulkan kelakian walaupun untuk menasihati ketua yang seorang wakil rakyat juga, yang boleh terpencen tewas pilihanraya! Sesungguhnya aura YB lebih meriakkan, lebih dari aura Mawi. Kerusi YB terlalu empuk membuai mimpi sehingga seolah2 tandus ide di mana harus bermula! Ayuh, gembelingkan tenaga pemikir, professional, pejuang2 BA. Ide dan komitmen reformasi mereka adalah tonggak ketahanan kerajaan BA!

  2. Bro,

    kerajaan dalam proses re-invent pentadbiran di selangor. pls dont rush!! kalo tak, sama la macam mamat macho dari sungai besar….nah!! cepat sgt nak naik, tgk macm mana di jatuh…

    kerajaan baru harus segera set up dasar2 yang nyata sekali boleh menyekat ancaman2 luar…sudah hampir dua bulan…apakah ada dasar terbaru yang dikeluarkan..

    Isu tanah, isu babi, isu balkis????

    1. Isu tanah : ambil perhatian ke atas golongan yang memproses ( kerani ), akibat terlalu lama membontotkan kerusi yang ada dii daerah atau di pejabat tanah….pohon lah ‘check’ nama2 mereka dalam daftar permohonan tanah….tidak kurang dari 4-5 permohonan yang telah diluluskan atas nama mereka…nah!! inilah penghancur negara sebenarnya..

    2. Isu babi : yang anehnya, kaum yang bergelumang dgn mahkluk ciptaan Tuhan ini tidak pula bising…kita yang langsung tak bergelumang….ibarat menjerit dari perlis sehingga dengar suaranya di johor…..

    3. Isu balkis : —> ni kes-kes pompuan…maleh nak campur….

  3. Komentar dari Tranungkite

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by jarihantu on Friday, May 02 @ 22:44:31 MYT
    (User Info | Send a Message)
    lupakah petugas PAS kena pelupoh separuh mati sampai masuk icu kat Ijok?
    dalam krajaan PR skarang pun masih ramai talibarut2 BN, macam mana pula nak ambil org bn berkhidmat dalam krajaan PR. Jangan cari penyakit. masaalah yg ada pun tak larat nak settle.

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by kimiko on Friday, May 02 @ 22:45:35 MYT
    (User Info | Send a Message)
    Assalammualaikum….salam reformasi kepada saudara Faisal, saya rasa jiwa dan perjuangan anda bukan berseorangan dan ramai lagi yang mempunyai jiwa dan semangat seperti saudara. Saya sebagai pejuang reformasi menyokong pandangan saudara 100%, kita mempunyai acuan dan cara pentadbiran sendiri, selama ini kita dihina dan diperlekehkan oleh juak-juak umno yang tidak mempunyai perasaan dan hati perut, kita diperbodohkan, dipermainkan dan apa sahaja kita lakukan tidak betul sedangkan apa sahaja yang mereka buat adalah molek dan comel belaka. Kita mesti keluar dari kepompong perjuangan yang dibelengu oleh mereka, ayuh tunjukan kepada pengkhianat bangsa ini bahawa kita mempunyai daya pemikiran yang lebih baik dan lebih mampan dari puak-puak umno pengkhianat bangsa.
    Oleh itu pemimpin-pemimpin PR sedarlah dan jangan lupa pejuang-pejuang rakyat marhaen ini….tanpa mereka anda tidak berada dipuncak…jangan lupa amanah yang diberi oleh mereka.

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by citrabudi on Friday, May 02 @ 22:46:04 MYT
    (User Info | Send a Message)
    Menegur untuk membina perlu selalu dilakukan oleh rakyat bawahan. Cuma pemimpin Umno je yang kurang mahu menerima teguran.Pakatan Rakyat peka terhadap segala teguran.Hidup Pakatan Rakyat.

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by jingoza on Friday, May 02 @ 22:46:54 MYT
    (User Info | Send a Message)
    TAN SRI AMBILAH PERHATIAN ! BETUL BAGAI DIKATA ,MINTA TAN SRI INGAT JUGA PADA GRASSROOT YANG BERSUSAHPAYAH TANPA HARAP IMBUHAN ,IKHLAS UNTUK MEMENANGKAN PR ,RELA MEMBERI MASA UNTUK KERJA SUKARELA DEMI MERANAPKAN PARTI KHIANAT NOMBOR SATU UMNO/BN ITU !
    DEMI KEBENARAN JANGAN BIMBANG ALLAH SWT BERSAMA ORANG YANG BENAR DAN YANG MENENTANG KEMUNGKARAN ! DEDAH SEGALA KEMUNGKARAN UMNO/BN WALAU SEGUDANG DOKUMEN DIPUNAHKAN ! KOREK SEGALA KEBEJATAN DAJAL-DAJAL PENGROSAK ITU SEMUA TANPA PILIH KASIH ,BIAR MEREKA TIDOR TAK LENA ,MEMANG SUSAH NAK CARI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO/BN YANG TAK BUAT SALAH & RASUAH !

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by jarihantu on Friday, May 02 @ 23:02:11 MYT
    (User Info | Send a Message)

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by Ponen on Friday, May 02 @ 23:09:35 MYT
    (User Info | Send a Message)
    Tan Sri. Ini hanya sebagai teguran saja. Saya juga berharap agar Tan Sri memberikan kerja kosong kepada saya melalui peluang pekerjaan yg ada di Selangor ini. Kalau dapat kerja di mana2 bekas syarikat milik Tan Sri dulu pun okey jugak. Ini disebabkan semasa di bawah pemerintahan kerajaan Wak Toyo, amat sukar bagi saya utk mendapat pekerjaan apatah lagi pekerjaan tetap di mana2 sektor di Selangor kerana mudah dibolosi oleh warga asing. Kalau Tan Sri boleh dapatkan kerja utk saya dgn gaji 5 angka sebulan pun okey la Tan Sri :).

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by GreenYellow on Friday, May 02 @ 23:24:04 MYT
    (User Info | Send a Message)
    Buat baik pun pada-padalah…
    Jadi pemimpin kena berani dan tegas…
    Pendapat dibawah pun kena ambik tau jugak…
    Hat yang dibawah nilah yang menaikkan yang diatas..

    Pikiaq-pikiaq lah tengok, jgn sampai yang dibawah hilang kepercayaan sudah….

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by fullbar on Saturday, May 03 @ 00:13:50 MYT
    (User Info | Send a Message)
    Main bola dengan cara defensif pun tak kemana. Kalau tengah ada peluang tapi tak bingkas menyerang peminat pun boleh fed up. Janganlah asyik mengacah-ngacah aje.

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by sunlay on Saturday, May 03 @ 00:26:30 MYT
    (User Info | Send a Message)
    baru tanam pokok terus nak pokok tu berbuah……

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by badok on Saturday, May 03 @ 00:31:54 MYT
    (User Info | Send a Message)
    Wacana politik PR…. ‘TANGKAP DAN LOKAP’
    Apakah ini mahu dikatakan zalim???….. tidak.
    PR memerintah untuk memperbetulkan yang silap.
    Apakah penjara diujudkan untuk mezalimi manusia???….tidak.
    Penjara diujudkan untuk membentuk semula manusia?
    Bentuklah semula mereka mereka dikalangan umno / bn yg telah banyak melakukan kesilapan, bukan maafkan tapi PENJARAKAN.

    Sia sia wang rakyat digunakan membena penjara, sedangkan isinya hanya untuk ular2 kecil yg makan katak. Mana sawa yg membaham kambing dan ayam2 rakyat???…

    Kami nak lihat negeri PR mana yg dahulu melakukan nya.

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by Bantai on Saturday, May 03 @ 01:18:03 MYT
    (User Info | Send a Message)
    JANGAN AMBIL ORG UMNO KERJA

    DEPA NI AKAN SABOTAJ, TAMBAH TU KITA TULONG DEPA, LEBIH BAIK AMBIK NGO

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by indraputra80 on Saturday, May 03 @ 02:54:24 MYT
    (User Info | Send a Message)
    pandagan yang sangat baik dan perlu diambil perhatian pada mereka mereka yang berkenaan,kalau tidak…PR akan meghadapi suasana yg suram pada PRU akan datang.

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by Camry on Saturday, May 03 @ 07:16:33 MYT
    (User Info | Send a Message)
    Perkasakan PR sebelum PRU13 supaya kekuatan di S’gor dapat dilonjakkan ke N9 dan Pahang. Jangan takut apa orang lain(BN) kata tapi yang penting akar umbi dan rakyat keseluruhannya. Ramai akar umi nak tengok perubahan tapi tak mau kejar kebendaan. Yang penting kemakmuran dan hasil negeri diuruskan dengan penuh amanah. Ingatlah dunia ini tempat persinggahan dan jika kita mengotorkannya maka balasannya lagi kotor dan begitulah sebaliknya.

    (Suka tengok semua orang senang dan bertaqwa)

    Re: Surat terbuka kepada Tan Sri Khalid (Score: 1)
    by Ter_lena on Saturday, May 03 @ 08:12:40 MYT
    (User Info | Send a Message)
    salam,

    tan sri,
    saya sebagai rakyat terbanyak yang berada di pihak PR ingin mengingatkan jangan sesekali lupa daratan, tanpa penyokong di bawah siapalah tan sri M.B selangor.

    besar harapan saya timbanglah dengan sebaiknya setiap keputusan dan utamakan pendukung, penyokong dari kalangan PAKATAN RAKYAT,yang mana hakikatnya secara majoriti tidak pernah merasa nikmat kemerdekaan yang layak sebagai rakyat MALAYSIA JIKA DI BANDINGKAN UM-NON /BEE-END itu belum di ungkit dengan peristiwa pembunuhan, dan kezaliman lain yang,bagi saya, tan sri mungkin berbeza nasib yang mana TAKDIR tan sri seperti sekarang yang membolehkan berperanan lebih baik
    bagi memelihara kesejahteraan rakyat yang di tindas, kalau sekiranya kawan lama sekalipun(um-non/bee-end), mereka adalah lawan politik tan sri yang berusaha mengalahkan tan sri.

    KEADILAN BUKAN SAHAJA TIDAK MENINDAS,MENZALIMI TETAPI JUGA MEMBELA,MEPERJUANGKAN,MEMPERTAHANKAN, MENINGKATKAN malah MENGHARGAI segala jasa baik yang di curahkan selama ini.

    [ Reply to This ]

  4. […] Recent Comments viva080308 on Kriteria Jadi Ketua Menurut Ta…Ibnu Khuzaimah on Kriteria Jadi Ketua Menurut Ta…princenine on PEKIDAprincenine on LG Eng naik ekonomi.Ibnu Khuzaimah on Surat Terbuka kepada Tan Sri… […]

  5. […] been given too much bread and circuses in this new matrix of neo-colonialism. We no longer have “academicians who would run amuck” destroying old regimes of truths and out-dated theories and those who pursue truth outside of the […]

  6. SYABAS … (bukannya syarikat bekalan air) saudara Fesal. Sememangnya anda tidak keseorangan. Sepanjang pengetahuan saya hingga kehari ini, sering dan masih melihat budaya BN (UM-NO) di jabatan kerajaan terutamanya, belum lagi dibersihkan …. Kuala Selangor

Leave a comment