Sah, laporan HKL – DIA MASIH DARA…

KUALA LUMPUR, 5 OGOS (SK)- Ketua Wanita KeADILan yang Juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin semalam menghadiahkan sejambak bunga kepada pihak Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana mengeluarkan laporan keatas dakwaan liwat keatas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Dalam sidang medianya selepas pertemuan bersama pihak Pengarah HBKL, beliau berkata 10 Jambak bunga yang dihadiahkan beliau mempunyai mesej tersirat dan pihak hospital agak terkejut dengan kehadiran beliau.

Katanya, beliau telah mendapat tahu isi laporan yang dikeluarkan oleh HBKL yang menyatakan bahawa tidak ada unsur-unsur liwat oleh Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan.
Ianya selaras dengan laporan terdahulu oleh Hospital Pusrawi.

“Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat,”. Laporan blog P99 Ampang.

Tambah tulisan blog berkenaan lagi, “salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya.”

Peliknya Khir, Noh dan Reezal Merican

Khir Toyo Langgar Fitrah Semulajadi Kejadian Manusia.

Menurut bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo di blognya yang bertajuk ‘Impian Saya’, beliaulah orang yang bertanggungjawab membawa pemimpin-pemimpin tertinggi PAS bertemu perdana menteri selang beberapa hari selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac.

Khir juga menyatakan, jika PAS bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran bersama Umno di Selangor, jawatan menteri besar, timbalan menteri besar dan empat jawatan exco negeri akan diberikan kepada parti Islam itu.

Doktor gigi tersebut menyalahkan Anwar atas kegagalan Umno memancing PAS membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

“Malangnya, pengaruh Anwar dalam PAS, melalui setiausaha agungnya Kamaruddin Jaafar telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Anwar memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan,” kata Dr Khir.

Mat Tempe yang selama ini menjadi musuh PAS malahan tidak keterlaluan jika di label sebagai musuh Islam kerana kerjanya yang menutup surau. Tindak tanduknya yang merubah wajah juga tidak selari dengan amalan kehidupan serta fitrah semulajadi kejadian manusia.

Entah bila Mat Tempe ini menjadi penganalisis politik PAS dan Anwar? Kononnya hendak bermain saikologi. Nah kini Khir akan diuji dalam pemilihan bahagian Sungai Besar. Apakah Nasib doktor gigi @saudagar tempe ini?

Terbaharu, Khir Toyo diberitakan masih dalam mood shopping spree, dengan memiliki hartanah-hartanah bernilai sekitar Shah Alam.

Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), ketika mengulas perletakan jawatan Wan Azizzah untuk memberi laluan kepada Azwar Ibrahim di Permatang Pauh, menyelar bahawa tindakan Wan Azizah tidak bertanggungjawab.

Ingatan pendek dan cetek Reezal Merican Naina Merican, meletakkan rendahnya tahap kecapaian minda nya serta ceteknya ingatan sejarah dalam kotak minda Setpol Dolah Badawi ini.

Lupakah bagaimana satu waktu dahulu Datuk Shahril Samad berhenti dari UMNO, meletak jawatan Parlimen Johor Bharu dan bertanding atas tiket Bebas cap kunci? Apakah tindakan Shahril kunci ini lebih baik dari tindakan Wan Azizah?

Apakah yang boleh dibanggakan oleh Reezal sebagai Presiden GPMS? Pemilihannya sebagai Presiden GPMS begitu kontroversi. Buat pertama kali GPMS mempunyai dua Presiden, Suhaimi Ibrahim dan Reezal.
Masing masing mengaku mereka adalah Presiden. Akhirnya melalui perundingan bilik tertutup, Suhaimi melepaskan jawatan dan terus senyap sampai kini ibarat ular sawa yang baru menelan seekor anak lembu yang sihat.

Apakah sejumlah wang menjadi penyangga kepada persetujuan dipihak Suhaimi? Mungkin ada seseorang yang boleh memberi jawapan.

Jika dibuka laman web GPMS, sejarah penubuhan GPMS yang dicatatkan amat berbeza dengan sejarah catatan arkib Negara. – http://hids.arkib.gov.my/doc/2006/ogos/15_08_1948_2006.htm

Catatan dalam arkib menggariskan sejarah penubuhan GPMS dengan lengkap namun laman web GPMS tidak.

Kita berasa hairan bagaimana kualiti yang sebegini layak untuk memimpin GPMS? Mungkin Reezal Merican Naina Merican ini hanya layak memimpin Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung!

Noh Omar – Anak Jantan.

Dalam ulasannya ketika Anwar mengesahkan untuk bertanding di Permatang Pauh, Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan pantas mengejek tindakan Anwar bukan tindakan anak jantan.
Noh Omar telupa dia pernah menghalau pelancung asing , “ kalau tak suka polis Malaysia jangan datang ke Malaysia”. Waktu itu Noh Timbalan Menteri Dalam Negeri. Maka terpaksalah Dolah menghantar delegasi ke China memohon maaf atas tindakan bebal Noh Omar. Tindakan Noh boleh dianggap derhaka kepada Negara kerana, boleh menjejaskan beribu juta hasil Negara jika pelancung tidak datang ke Malaysia. Tup-tap, gambar wanita yang dibogelkan itu rupanya Melayu bukan Cina!
Noh berakhir dengan diturunkan pangkat duduk di bawah ketiak Hishamudin Hussein sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Sesak nafas Noh buat beberapa waktu.

Bagaimanapun Noh masih bernasib baik naik sebagai menteri penuh tetapi bukan kerana dia layak atau sangat pandai tetapi ketandusan pemimpin yang berwibawa dalam UMNO lebih-lebih lagi dizaman Dolah “tidurlah” ini.

Bila berbahas di Parlimen, marapu tak tentu hujung pangkal, menyampuk tak kena tempat.

Jelas, UMNO sememangnya sudah mereput!

Mazlan Haron Lapor Dolah ke BPR

Ahli politik veteran, Mazlan Haron, bekas exo pemuda UMNO Malaysia, bekas ADUN LIndungan membuat laporan kepada BPR akan salahlaku rasuah yang di tujukan kepada Abdullah Badawi dan Najib.

Mengikut Mazlan, laporan itu dibuat bertujuan mengelakkan pemilihan UMNO akan datang bebas dari rasuah. Sebelum itu Kapten Zahar, Ketua UMNO PJ Selatan mendedahkan surat salahlaku Abdullah mengamalkan rasuah politik dengan janji jawatan kepada Najib Razak.

Dalam surat yang di terbitkan, Dolah disebutkan menggunakan JASA, sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan sebagai platform berkempen.

Mazlan menegaskan bahawa jentera kerajaan telah digunakan, wang kerajan telah digunakan untuk kepentingan diri.

“Semua orang mahukan ‘clean election’ dalam UMNO”, kata Mazlan. Semua bukti telah diserah kepada BPR kata Mazlan apabila ditanya. Tonton Video

Ketika dihubungi melalui telefon Mazlan berkata bahawa ini adalah usaha terakhir untuk menyelamatkan UMNO yang sudah mereput.

Abdullah dan Najib diberitakan bertemu dengan pemimpin UMNO pelbagai peringkat di KUala Lumpur dan memberikan wang aku, kain pelikat dan penginapan kelas 4 bintang.

Menurut sumber Kuala Lumpur nilai pemberian yang berupa “door gift” adalah kira-kira RM250 seorang. Jumlah keseluruhan dikatakan mencapai jutaan ringgit. Pemberian “door gift” ini diberikan melalui syarikat pengurusan event yang mengatur program tersebut.

Apa yang mengejutkan, syarikat tersebut diberitakan milik kaum kerabat terdekat Dolah. Siapa yang membayar syarikat tersebut?

Dalam satu perkembangan lain, keputusan Rafidah memberikan jawatan Ketua Wanita kepada Shahrizat Jalil juga dikatakan serupa dengan modus operandi Dolah-Najib. Dengan janji ini, Rafidah tidak akan ditentang dalam pemilihan akan datang, sama sebagaimana janji Dolah menyerahkan kuasa kepada Najib.